CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 5

[Sarawak] Ingin beli set cadar tilam melalui FB, penjawat awam rugi RM78,730 ditipu

[Copy link]
Post time 18-2-2022 11:26 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Seorang penjawat awam di sini mengalami kerugian RM78,730 setelah ditipu melalui pembelian dalam talian secara 'fail android package kit' (APK) pada 15 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, mangsa merupakan wanita berumur 40 tahun menyedari beliau menjadi mangsa tipu setelah melakukan semakan akaun dan mendapati transaksi pengeluaran dari akaun bank peribadinya.

Menurutnya, pada 12 Februari lalu mangsa terlihat satu iklan di laman sosial Facebook mengiklankan promosi jualan perabot.

"Mangsa kemudiannya menghubungi nombor WhatsApp diberikan dalam iklan tersebut.

"Mangsa kemudiannya diminta memuat turun satu aplikasi diberikan dan tanpa berfikir panjang mangsa muat naik aplikasi itu dalam telefon bimbitnya dan cuba membuat pendaftaran dengan memasukkan butiran bank ke dalam aplikasi itu bagi tujuan pembayaran pembelian set cadar tilam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, semasa pendaftaran dilakukan mangsa mendapati urusan pendaftaran tidak berjaya dan kemudian bertanya kepada individu terbabit dan diberitahu akan merujuk kepada pihak teknikal mereka.

"Pada 15 Februari, mangsa membuat semakan akaun bank dan mendapati ada transaksi pengeluaran daripada akaun miliknya," jelas beliau.

Justeru, menyedari dirinya menjadi mangsa tipu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk siasatan kes tersebut.

Zulkipli menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati dengan pembelian di laman sosial yang menawarkan harga murah daripada harga pasaran.

"Sebaik-baiknya jangan memuat turun sebarang capaian diberikan oleh penjual tanpa membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelak menjadi mangsa tipu," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/18
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2022 09:25 PM | Show all posts
tulah sush kalu kite bli tilam ke atau benda yang set ni. tk kira la mahal cmne pun.. kene pstikan kite bli brg tu dekat brand/kedai yg trusted..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 09:30 PM | Show all posts
Edited by kakakyee at 3-5-2022 09:31 PM
yumentos replied at 3-5-2022 09:25 PM
tulah sush kalu kite bli tilam ke atau benda yang set ni. tk kira la mahal cmne pun.. kene pstikan k ...

Kan.. Prnh jga jadi kt kakak.. Dah la time baru pindah rumah, nk bli tilam kat Shopee la konon. Last2 dpt tilam jenis yg xde spring, byr hrga nya ribu klu ok xpe jugak.. Skrg ni dah tukar dah baru Lgi memuaskan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:51 PM | Show all posts
kakakyee replied at 3-5-2022 09:30 PM
Kan.. Prnh jga jadi kt kakak.. Dah la time baru pindah rumah, nk bli tilam kat Shopee la konon. Las ...

Skrg ni pun bnyk je tilam yg best best untuk kite guner.. Aq mint gila ngn origin punya tilam.. Nk compare kn dgn sonno/joey.. 2 ni cuma stkt brand je.. Tilam yg aku guna ni lgi berbaloi


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 04:28 PM | Show all posts
gogo44 replied at 5-5-2022 09:51 PM
Skrg ni pun bnyk je tilam yg best best untuk kite guner.. Aq mint gila ngn origin punya tilam.. Nk ...

Kan.. ritu pun dpt gmbr ni sbb nak tgk mana yg bagus kan.. Harga origin ni pun lgi murah.. Which mmg totally lagi berbaloi guna yg ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 04:47 PM | Show all posts
kakakyee replied at 6-5-2022 04:28 PM
Kan.. ritu pun dpt gmbr ni sbb nak tgk mana yg bagus kan.. Harga origin ni pun lgi murah.. Which m ...

Haa dri sni jgk le yg buat sy bila tilam cm awak hahaha. Rsnye nampak org post di FB kott. Pstu terus kita gi website diorgg.

Mudah sngt cre beli nye

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.532402 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list