CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 18/02/2022

[Copy link]
Post time 18-2-2022 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-2-2022 11:49 PM



COVID-19 : Sabah Rekod 5,565 Kes, Tertinggi Pernah Dilaporkan

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus meningkat kepada 5,565 kes pada hari ini iaitu peningkatan sebanyak 771 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu adalah angka tertinggi yang pernah dicatatkan di negeri Sabah.

“Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi di Sabah hari ini dengan 1,395 kes dimana ia adalah merupakan satu per lima daripada jumlah kes seluruh Negeri Sabah.

“Sejumlah 66 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 12 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Penampang 606 kes, Tawau 430 kes, Lahad Datu 398 kes, Papar 337 kes, Tuaran 320 kes, Sandakan 289 kes, Kota Belud 216 kes, Keningau 215 kes, Putatan 188 kes, Kota Marudu 164 kes, Beaufort 158 kes dan Ranau 104 kes.

Katanya, sejumlah 14 daerah lagi mencatatkan kes dua angka. Seluruh daerah merekodkan jangkitan baharu hari ini.

“Jumlah kes yang berpunca daripada jangkitan dalam komuniti atau sporadik ialah 62.43 peratus atau 3,474 daripada 5,565 kes.

“Jangkitan dalam komuniti (sporadik) lazim tidak diketahui punca jangkitan atau dimana jangkitan berlaku dikategorikan sebagai Kes Bergejala.

“Kes jangkitan sporadik yang tinggi adalah petanda jelas bahawa virus ini sudah menyebar ke seluruh komuniti dan bukan lagi tertumpu di lokaliti-lokaliti tertentu,” katanya.

Katanya, sejumlah 99.59 peratus atau 5,542 dari 5,565 kes adalah dalam Kategori satu dan dua.

“Terdapat enam kes dalam Kategori tiga, dua belas kes dalam Kategori empat dan lima kes dalam Kategori lima,” katanya.


sabahmedia.com/2022/02/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 1.420092 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list