CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 14

Penggal Kepala Ibu: Suspek Ketagih, Ambil Pil Kuda Berlebihan

[Copy link]
Post time 18-2-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Gua Musang– Angkara pil kuda, seorang lelaki sanggup membunuh ibu tirinya dengan cara memenggal kepala mang­sa menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek di sini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, mangsa berusia 54 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan leher terputus di dalam sebuah bilik kediaman lima beranak itu.


Kejadian malang itu diketahui polis selepas suspek berusia 39 tahun menyerah diri di Balai Polis Bertam di sini dan mengaku telah membunuh ibu tirinya dengan parang.




Foto: Kosmo




Susulan itu, polis menahan lelaki berkenaan dan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan kerana membunuh.


Bapa suspek berusia 73 tahun berkata, anak lelakinya itu selalu meminta wang antara RM10 hingga RM20 daripadanya untuk membeli pil kuda.


Luahnya, isterinya sering menasihati dirinya agar tidak memberikan lagi wang kepada suspek.


“Memang tidak tahan apabila dia (suspek) kerap minta duit.


“Kira-kira pukul 4 petang, saya ke balai polis untuk mengambil motosikal anak berusia 17 tahun yang disaman pihak polis.


“Ketika urusan hampir selesai, saya melihat anak (suspek) datang ke balai polis sama,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.


Menurutnya, secara tiba-tiba anggota polis itu memberitahunya, isterinya telah dibunuh dan setibanya di rumah, dia mendapati wanita itu sudah tidak bernyawa.


Katanya, dia tidak menyangka anaknya yang masih bujang dan disahkan sakit mental sejak beberapa tahun lalu sanggup membunuh ibu tirinya yang telah dikahwini hampir 20 tahun lalu.


“Saya mengaku dia sebelum ini merupakan penagih dadah dan pernah dua kali ke hospital sakit jiwa akibat pengambilan pil kuda berlebihan,” katanya.


Tambahnya, dia mengesan perubahan tingkah laku Ajis dalam tempoh tiga hari sehingga menyebabkan dia sentiasa mene­mani isterinya di rumah. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 10:22 AM | Show all posts
PDRM sepatutnya tembak terus shj pengedar dan penghisap dadah...sangat2 buruk kesannya kpd negara
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:53 AM | Show all posts
asal taik dadah buat hal je nak declare sakit mental, OKU lah, apa lancau lah...hujung-hujung lepas bebas lagi, buat hal lagi sampai bunuh2, rembat kereta, mengamuk kat public, lepas tu ada yang sial-sial terpaling sivik ni kesian lahh...sampai mampos taik dadah ni tak takut mendadah sebab ramai pembela... cibai!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Semlm ada baca benang mcm kes ni juga.  Kes sama ke lain?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:57 AM | Show all posts
ifanonline replied at 18-2-2022 10:22 AM
PDRM sepatutnya tembak terus shj pengedar dan penghisap dadah...sangat2 buruk kesannya kpd negara

aku setuju.. byk permasalahan terjadi terlalu byk
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:00 AM | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihiroji'un. 20tahun jd ibu pelaku. Hujung2 dsembelih ja bila mintak duit xdpt. Mcm xdak hati perot kn, tp implikasi tangkap lepas..tangkap lepas penagih ni lg byk buruk dr elok mmg patot kna hukum bunuh ja kt penagih. Dh sangkut mmg pyh nk elok dah. Kesian makpak & adik bradik kna hadap. Wpun depa enabler,sadis betul kna sembelih/penggal ni. Such a horrible way to go.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 11:09 AM | Show all posts
bila kes pengedar kena tangkap haritu kemain ramai menyokong konon dia terdesak jadi pengedar..tengok apa jadi pada penangih2 ni..kesian pada ahli keluarga yg kena hadap...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:13 AM | Show all posts
ulamalu replied at 18-2-2022 10:54 AM
Semlm ada baca benang mcm kes ni juga.  Kes sama ke lain?

kes sama

tp tajuk letak ape tah
search2 x jumpe plk

anyway...x bhh lh simpan drug addict di rmh
hujung thn lps dgn awl thn ni pun ada kes penggal melibatkan dorg jgk

overall di msia bnyk dh kes gini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say, jarang2 lah lahanat2 taik dadah ni semua, akan recover.
Semua dah jadi useless dan menyusahkan. Bunuh ajelah mereka2 ni. Sbb nye, diorang yg akan membunuh bila tak dpt cucuk, sedut, telan. Bukan ada guna pun diorang2 ni. Bunuh jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:19 PM | Show all posts
Bahayanya bila ada mat pet dalam family
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry ot. Apa khabar adik Daniel?

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuyak: bila kes pengedar kena tangkap ...
. Serius laa ada yang backup?? Dorg tak tau ke kes2 sebab dadah ni banyak menyusahkan orang dan ahli keluarga not to mention sadis2 belaka pengakhirannya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa sapa boleh tembak penagih dadah semua yang bersepah kat kampung2.  Menyusahkan n mati lagi bagus depa ni. Semak mat dunia. Yang pi simpan dah kenapa kat rumah. Macam senjata makan tuan pulak. Patutnya penagih ni dibenci macam najis dadah jugak. Letak kat hutan kasi makan rimau. Otak dah rosak lagi lagi kalu ambik syabu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam trend plak kan lepas satu satu kes melibatkan taik dadah
Mana2 pun sama je
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon konsep tobat tuew wujud, tapi secara puratanya, penagih dadah nieyh memang menyusahkan keluarga dan masyarakat. Tengoklah, sampai membunuh. Kepala heols weng pon sebab dadah. Tayah simpan lagi ummah macam nieyh dalam negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060584 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list