CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 1

[Sabah] 176 rumah setinggan atas air di Kampung Landung Ayang Kudat musnah terbakar

[Copy link]
Post time 17-2-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Api marak memusnahkan 176 rumah setinggan atas air di Kampung Landung Ayang Laut di sini.



PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata operasi pemadaman dijalankan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan bantuan daripada BBP Kota Marudu.

Katanya 16 ahli Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Ayer serta agensi penguatkuasa lain termasuk Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Sabah Elektrikcity Sdn Bhd (SESB) turut serta dalam operasi pemadaman terbabit.

“Kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah rumah di kawasan itu sebelum merebak ke rumah lain.

“Beberapa penduduk kemudiannya cuba memadam api dengan menyiram api menggunakan baldi bagaimanapun api merebak dengan cepat disebabkan keadaan struktur rumah yang dibina agak rapat antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba dan kebakaran dapat dikawal jam 6.43 petang.

“Sejumlah 179 buah rumah setinggan jenis tidak kekal membabitkan keluasan keseluruhan 500X1000 kaki persegi musnah dalam kejadian ini bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Keseluruhan operasi ditamatkan jam 8.17 malam dan punca kebakaran serta jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2022 06:08 PM | Show all posts
Lebih 1,600 hilang tempat tinggal, 179 rumah atas air terbakar

KOTA KINABALU: Lebih 1,600 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas 179 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, Kudat musnah dalam kebakaran, semalam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada 4.26 petang itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan  seramai 48 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kejadian dengan dibantu anggota Persatuan Bomba Sukarela (PBS).

“Apabila tiba di lokasi, api sedang marak dan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan 400 kaki sumber air dari jentera dan pili bomba. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.43 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.17 malam,” menurut kenyataan itu.


Operasi pemadaman turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan berkata susulan kejadian ini, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Bencana Kebakaran telah diaktifkan di Dewan Tun Mustapha, Kudat.

“Dianggarkan 200 keluarga dengan lebih 1,600 mangsa dipindahkan ke PPS berkenaan,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/02/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.106670 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list