CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut kereta rempuh treler

[Copy link]
Post time 17-2-2022 06:05 PM | Show all posts |Read mode


REMPUH: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kenderaan SUV.

RANAU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu merempuh lori treler di Kampung Kilimu di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian jam 3.40 itu berlaku semasa mangsa berumur 25 tahun menaiki kereta kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Semasa tiba di lokasi kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori treler dari arah belakang.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas kebombaan,” katanya.

Menurutnya mangsa yang berjaya dikeluarkan itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan sebaik memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi, operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.29 pagi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.080875 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list