CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sabah] Tuntutan lima dekad Sabah akan dibayar tidak lama lagi

[Copy link]
Post time 17-2-2022 06:03 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Perjuangan lima dekad mengenai tuntutan oleh kerajaan Sabah akhirnya tercapai, hasil perbincangan ‘mesra dan wajar’ antara negeri dengan Kementerian Kewangan baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar).
Beliau berkata Kementerian Kewangan Persekutuan dan negeri memberi taklimat kepada Kabinet masing-masing pada Rabu mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai semakan geran tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan antara Kementerian Kewangan Persekutuan dengan negeri.

Difahamkan, kedua-dua pihak telah mengesahkan semua resolusi, kata Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam ucapan tahniah kepada kedua-dua pihak atas perbincangan mesra dan wajar itu, walaupun kadangkala wujud perselisihan terhadap tuntutan undang-undang dan hak perlembagaan masing-masing, Ongkili berkata beliau amat berbangga dengan kerajaan Sabah atas kesungguhan dan kerja keras dalam memperjuangkan haknya.

“Sabah akan menerima peningkatan hampir lima kali ganda dalam geran tahunan, iaitu lebih dua kali ganda jumlah yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu kepada kerajaan pimpinan parti Warisan.

“Ini membuktikan keupayaan dan kapasiti kerajaan negeri GRS (Gabungan Rakyat Sabah) untuk mempertahankan hak Sabah dan memelihara hubungan baik Persekutuan-negeri bagi memastikan kemakmuran ekonomi rakyat Sabah,” katanya.

Ongkili yang turut berada pada mesyuarat Isnin lepas di sini bagi pihak Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) mendedahkan formula geran baharu akan ditandatangani dan dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor pada mesyuarat MKMA63 akan datang, yang dijadualkan pada awal bulan depan.

Mesyuarat JCC itu dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi pihak kerajaan Persekutuan manakala Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengetuai pasukan Sabah yang terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Peguam Besar Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, penasihat undang-undang dan pegawai kanan kewangan. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/02/17


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070052 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list