CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Sabah] Pasar Kim Fung dibuka semula Sabtu ini

[Copy link]
Post time 17-2-2022 06:02 PM | Show all posts |Read mode


PASAR: Suasana pasar Kim Fung sebelum peningkatan kes mendadak di Sandakan.

SANDAKAN : Pengunjung dan peniaga pasar Kim Fung, di sini dinasihatkan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Pasar Kim Fung akan dibuka semula pada Sabtu ini selepas ditutup minggu lalu akibat peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di daerah ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) pasar Kim Fung, David Ong Chin Qun berkata, semua pengunjung dan peniaga diminta untuk sentiasa mematahui SOP semasa berada di pasar itu nanti.

“Kami telah mengatur semula SOP mengikut arahan yang dikeluarkan oleh KK supaya tidak berlakunya penularan wabak di pasar tersebut.

“Justeru, pengunjung dan peniaga tidak boleh mengabaikan pematuhan SOP yang telah dibuat oleh pihak AJK pasar,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, petugas pasar hanya membenarkan mereka yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 sahaja memasuki kawasan pasar berkenaan.

“Manakala, individu yang bergejala (demam, batuk dan selsema) tidak benarkan memasuki kawasan pasar bagi mengelak jangkitan kepada pengunjung yang lain.

“Saya merayu kepada semua pihak supaya memberikan kerjasama bagi memastikan pasar Kim Fung selamat untuk dikunjungi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list