CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Sabah] Dua Kes Kesan Sampingan PICKids Di Sabah, Kata Masidi

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:42 PM | Show all posts |Read mode


Hajiji Noor (dua dari kiri) melihat anaknya Danish, 7, menerima dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, hanya dua kes kanak-kanak yang mempunyai kesan sampingan selepas menerima vaksin Covid-19 dilaporkan di Sabah setakat ini.

Bagaimanapun katanya, kes berlaku di Pitas dan Keningau itu membabitkan kanak-kanak berusia 9 serta 11 tahun tidak melibatkan kesan serius dengan hanya mengalami gatal di kulit serta demam.

“Baru dua kes, cuba bayangkan daripada beribu cuma ada dua kes bermasalah, kadang-kadang kita lebih fokus kepada dua kes bermasalah, tetapi bukan kepada yang beratus ribu tiada masalah.

“Saya fikir kita kena lihat secara menyeluruh, kita kena lihat kebaikan vaksin ini yang mampu memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada dijangkiti Covid-19.

“Seperti yang saya sering nyatakan, vaksin ini tidak memberi kita 100% perlindungan, malah tiada vaksin di dunia yang memberi 100% (perlindungan) kepada apa juga penyakit dan sebagainya, tapi ia akan membantu mengurangkan kesan sampingan daripada jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, di sini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, kerajaan Sabah bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memperhebatkan pemberian vaksin di negeri itu, termasuk melaksanakan program “outreach” serta program vaksinasi di sekolah.

“Kita akan buat cara yang sesuai untuk sampaikan kepada setiap pelusuk negeri bagi memberi vaksinasi kepada yang memerlukan, tapi pada akhirnya, keputusan adalah di tangan ibu bapa.

“Kita berharap dan merayulah (kepada) mereka (ibu bapa) supaya memutuskan untuk memberi perlindungan kepada anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Hajiji Noor dalam kenyataannya, hari ini berkata, program PICKids bermula pada 3 Feb lalu di lima hospital, iaitu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, di sini, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

Katanya, program itu diperluaskan ke seluruh negeri dengan penubuhan 145 pusat pemberian vaksin (PPV) melibatkan 109 klinik kesihatan, 22 hospital, 18 klinik swasta dan empat PPV awam, yang dipantau oleh pakar dan pegawai perubatan. – FMT


sabahpost.net/2022/02/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.082385 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list