CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Sabah] Lelaki cedera terjatuh semasa daki Gunung Kinabalu

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:09 PM | Show all posts |Read mode


BANTU: Peserta Latihan EX-STORM serta MOSAR memberikan bantuan kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

RANAU: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh semasa dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian jam 11.58 pagi berlaku apabila mangsa berumur 27 tahun berada di Kilometer 5.8 Gunung Kinabalu.

“Panggilan kecemasan diterima daripada Malim Gunung yang memaklumkan kejadian membabitkan pendaki lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian lutut.

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) dan peserta Latihan Mekanisme Tindak Balas dan Operasi Pasukan Khas (EX-STORM) sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung,” katanya.

Menurutnya mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Tambahnya operasi ditamatkan jam 5.02 petang.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.324764 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list