CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] Jumlah kanak-kanak daftar PICKids di Sabah masih rendah

[Copy link]
Post time 16-2-2022 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2022 12:16 AM



PICKIDS: Hajiji (tiga kiri) bergambar bersama anaknya Danish (depan kiri) dan seorang lagi kanak-kanak Amir Mohd Mirza Amir Hassan (depan kanan) yang menerima vaksin dos pertama pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Jumlah kanak-kanak yang mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Sabah masih rendah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, setakat 13 Februari lepas, seramai 32,186 kanak-kanak berumur antara lima dan 12 tahun ke bawah direkodkan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk PICKids.

Katanya, jumlah itu mewakili kurang daripada 10 peratus daripada 411,400 kanak-kanak yang layak dalam kumpulan sasar di negeri ini.

"Jumlah yang mendaftar setakat ini masih rendah, saya nasihatkan ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berumur antara lima hingga 12 tahun ke bawah supaya mengambil peluang mendaftarkan mereka untuk vaksinasi di bawah PICKids.

"Sehingga 14 Februari 2022, seramai 9,686 atau kira-kira tujuh peratus daripada mereka yang mendaftar menerima dos pertama sejak PICKids bermula di Sabah pada 3 Feb lepas," katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis Pelancaran PICKids Peringkat Negeri di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah (HWKKS) Likas dekat sini hari ini.

Hajiji berkata, program berkenaan mula dilaksanakan di lima hospital iaitu HWKKS, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu, dan Hospital Tawau.

Menurutnya, PICKids turut diperluaskan ke seluruh negeri dengan penubuhan sebanyak 145 Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) melibatkan 109 klinik kesihatan, 22 hospital, 18 klinik swasta, dan empat PPV awam yang dipantau oleh pakar dan pegawai perubatan.

"Usaha kerajaan meneruskan program vaksinasi untuk melindungi kanak-kanak, khususnya mereka yang berumur antara lima dan bawah 12 tahun adalah untuk melindungi mereka daripada jangkitan COVID- 19.

"Lebih 500 kanak-kanak berumur bawah 11 tahun yang tidak divaksin adalah antara 3,891 kes baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah pada Ahad lepas.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan 'Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion' daripada vaksin PfizerBioNTech yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," jelasnya.

Beliau berkata, ia turut diluluskan untuk penggunaan selamat dan mempunyai keberkesanan untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan COVID-19 yang teruk.
Hajiji berkata, program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua dos vaksin untuk diberikan selepas lapan minggu.

"Berdasarkan data terkini, selama lapan minggu antara dua dos memberikan imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi dengan potensi memberikan perlindungan lebih lama.

"Sama seperti program untuk orang dewasa, vaksin di bawah PICKids adalah percuma untuk mereka yang tinggal di Sabah tanpa mengira status kewarganegaraan.

"Pemberian vaksin adalah secara sukarela dan ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani surat kebenaran bertulis sebelum anak mereka layak menerima vaksin COVID-19," katanya.

Beliau berkata, sistem tempahan janji temu yang diwujudkan dalam aplikasi MySejahtera memberi kebebasan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memilih tarikh, masa serta PPV yang paling sesuai untuk anak mereka menerima vaksin.

Katanya, para ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka untuk divaksin secara datang terus (walk-in) ke PPV berhampiran.

"Proses vaksinasi untuk murid sekolah sudah bermula pada 12 Feb 2022 di PPV sekolah, manakala Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menjalankan program vaksinasi outreach di sekolah di bawah bidang kuasa masing-masing.

"Pelancaran rasmi PICKids Sabah hari ini menunjukkan komitmen dan keikhlasan kerajaan negeri memastikan kanak-kanak berumur antara lima dan bawah 12 tahun di Sabah menerima vaksin COVID-19," katanya.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Rose Nani Mudin.


utusanborneo.com.my/2022/02/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058408 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list