CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Sabah] 10 PTI baru mendarat di Tawau berjaya ditahan

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:52 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAPAN: Kesemua PTI yang baru mendarat dan bersembunyi di kandang kambing berjaya ditahan pasukan QRF.

TAWAU: Seramai 10 Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang baru mendarat di daerah ini berjaya ditahan dalam satu serbuan berhampiran jeti pemunggahan balak di Kampung Hidayat, di sini awal pagi semalam.

Kesemua PTI terbabit ditahan oleh pasukan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) ketika sedang bersembunyi di kandang kambing kira-kira jam 5.50 pagi.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata kejayaan tangkapan itu adalah hasil risikan pasukan Quick Reaction Force (QRF) menerusi Op Benteng Bersama.

Katanya, pasukan QRF mengesan dua bot laju sarat dengan muatan dalam keadaan mecurigakan telah mendarat di jeti berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua bot berkenaan dipercayai telah berpatah balik ke sempadan perairan negara selepas menurunkan kesemua penumpannya.

“Pasukan QRF segera melakukan serbuan di lokasi tersebut bagi mengesan keberadaan semua penumpang bot yang baru mendarat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua PTI terbabit berjaya ditemukan sedang bersembunyi di kandang kambing bagi mengelak ditahan pasukan keselamatan.

“Hasil pemeriksaan, kesemua mereka yang terdiri lapan lelaki dan dua wanita berumur 19 hingga 51 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka juga mengaku berasal dari negara jiran dan masuk ke daerah ini secara haram untuk mencari pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, PTI terbabit memaklumkan perjalanan mereka diatur oleh tekong di negara jiran sehingga sampai ke daerah ini sebelum disambut oleh tekong darat di Tawau.

“Pasukan QRF segera melaporkan mengenai tangkapan tersebut kepada Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) berpusat di MK ATB 2.

“Kesemua PTI terbabit kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal atau berada di Malaysia tanpa permit yang sah,” katanya.

Abdul Karim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan operasi berkenaan sehingga berjaya menggagalkan kemasukan PTI ke negara ini.

“Kejayaan ini membuktikan pasukan keselamatan daripada pelbagai agensi sentiasa komited terhadap kawalan keselamatan persempadanan negara.

“Sempadan negara sentiasa dikawal dan ditangani secara serius dalam mengekang jenayah rentas sempadan serta sebarang ancaman keselamatan khasnya di Pantai Timur Sabah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list