CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Sabah] Lelaki cedera dalam kemalangan dua kenderaan

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:50 PM | Show all posts |Read mode


KEMALANGAN: Keadaan salah sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan selepas kemalangan berhampiran Terowong Sepanggar.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sepanggar- Manggatal berhampiran Terowong Sepanggar di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata kejadian jam 9.40 pagi itu membabitkan dua kenderaan iaitu lori dan sedan.

“Sebaik mendapat panggilan kecemasan jam 9.43 pagi, kita menggegaskan sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Lintas bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Seorang mangsa lelaki yang mengalami kecederaan bagaimanapun sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya lain yang disebabkan oleh kemalangan ini.

Katanya operasi keseluruhan kemudiannya ditamatkan jam 10.07 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.092175 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list