CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 15/02/2022

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-2-2022 04:20 PM



4,374 Sabah rekod kes tertinggi COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan jumlah kes baharu tertinggi hari ini dengan 4,374 kes iaitu peningkatan sebanyak 339 kes berbanding hari sebelumnya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah terbabit seperti yang dijangkakan dengan mengambil kira peratusan jangkitan sporadik hampir 63 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Katanya, jumlah kes baharu dijangka terus meningkat dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, Kota Kinabalu kekal dengan angka tertinggi iaitu 752 kes diikuti Sandakan 647 kes, Tuaran 388 kes, Penampang 385 kes, Tawau 256 kes, Putatan 241 kes, Papar 233 kes, dan Lahad Datu 196 kes.

"Sebanyak 13 daerah merekodkan kes tiga angka manakala, 12 daerah mencatat kes dua angka dan dua daerah mencatat kes satu angka. Kebanyakan daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes.

"Dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 dan Kluster Jubi Tambulion di Kota Belud," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 adalah kluster pusat tahanan di Penjara Kepayan di sini melibatkan banduan dan kakitangan di pusat tahanan itu.

Masidi berkata, kes indeks adalah seorang banduan lelaki iaitu warga tempatan berumur 27 tahun yang bakal dibebaskan.

Menurutnya, saringan terhadap semua kontak rapat mendapati 103 orang lagi dalam kalangan banduan dan kakitangan penjara didapati positif, menjadikan jumlah keseluruhan 104 kes positif setakat ini.

"Semua pesakit diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat yang tidak bergejala juga diberikan perintah kuarantin.

"Kluster Jubi Tambulion Kota Belud adalah kluster institusi pendidikan melibatkan pelajar di asrama Jubilee Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambulion.

"Kes indeks iaitu seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 12 Februari lepas.  Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas mendapati lebih ramai yang positif menjadikan jumlah keseluruhannya  22 kes positif," jelasnya.

Beliau berkata, semua kes diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga diberikan perintah kuarantin.

Katanya, hampir 12 peratus daripada jumlah jangkitan baharu hari ini melibatkan kanak-kanak di bawah umur 11 tahun.

"Ia melibatkan seramai 208 pesakit kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun yang belum layak diberi vaksin dan 314 pesakit lagi berumur antara lima hingga 11 tahun yang sudah layak menerima vaksin.

"Diharapkan semua kanak-kanak yang sudah layak diberi vaksin mendapatkannya dengan kadar segera bagi memberi perlindungan maksimum kepada mereka daripada jangkitan atau kesan serius daripada jangkitan virus.

"Sejumlah 99.45 peratus atau 4,350 orang daripada 4,374 kes adalah dalam kategori satu dan dua. Terdapat tujuh kes dalam kategori tiga, 10 kes dalam kategori empat dan tujuh kes dalam kategori lima," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/15



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071861 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list