CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 1

[Kedah] Bangkai gajah betina 'terduduk' di tepi jalan

[Copy link]
Post time 15-2-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode

GAJAH yang ditemukan mati di tepi jalan di Kampung Pinang, pagi tadi. FOTO ihsan Pembaca

Padang Terap: Bangkai gajah betina ditemukan di tepi Jalan Empangan Pedu berdekatan Kampung Pinang, Pedu, di sini, pagi tadi.

Penduduk, Shazwan Ismail, 25, berkata bangkai haiwan liar itu ditemukan seorang jirannya yang keluar menoreh getah kira-kira jam 7.30 pagi.

"Gajah itu ditemukan mati dalam keadaan terduduk dan terdapat kesan darah bersama najisnya berkemungkinan termakan racun atau baja tanaman kebun.

"Penduduk kampung sudah lebih sebulan melihat sekumpulan tujuh gajah berkeliaran di kawasan kebun getah, ada kemungkinan gajah betina ini salah seekor daripada kawanan haiwan liar itu," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, pihaknya masih menyiasat kejadian itu dan perlu menunggu laporan berkaitan bagi mengetahui punca kematian gajah berkenaan.

"Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur akan turun ke lokasi untuk menyiasat punca kematian gajah ini.

"Saya perlu tunggu laporan mereka terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 04:46 PM | Show all posts
gajah x kacau org...dia mkn tanaman org je........kesian...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.894532 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list