CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7948|Reply: 26

[DRAMA MELAYU] SAMARINDA : SUAMIKU LELAKI PENDOSA [AARON AZIZ, SOPHIA ALBARAKBAH]

  [Copy link]
Post time 15-2-2022 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 15-2-2022 08:51 AM

SUAMIKU LELAKI PENDOSA




Kisah Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.

Cahaya Malaika (Sophia AlBarakbah) dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Encik Firdaus (Fauzi Nawawi) dan Puan Wahidah (Aleza Shadan). Cahaya sangat rapat dengan kakaknya, Anggun Dania (Shima Anuar). Cahaya bertunang dengan lelaki pilihannya, Nik Safri (Kael).

Malangnya pertunangan mereka diputuskan selepas rahsia identiti Cahaya terbongkar. Malahan, Cahaya juga dihina oleh Nik Safri sebagai anak tak sah taraf. Sehubungan itu, hubungan Anggun dan Dahlia dengan ibu mereka juga menjadi renggang. Cahaya masih boleh berlapang dada dan berusaha untuk menerima takdirnya. Dia juga memujuk dan memberi semangat kepada ibunya yang sedang bermurung.

Tidak lama kemudian, Cahaya dipertemukan dengan Dean Ilyas (Aaron Aziz) yang bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan Cahaya daripada terus disakiti oleh Nik Safri di kedai makan. Dean merupakan lelaki yang berbudi bahasa dan mempunyai aura tersendiri. Mereka berdua bertemu lagi ketika menemani orang tua ke sebuah majlis reunion. Ibu Dean, Datin Junaidah (Maria Farida) terus berkenan dengan anak sahabatnya dan bersungguh-sungguh untuk menyunting Cahaya sebagai menantu.

Cahaya berterus-terang tentang statusnya kepada Dean kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dean sangat ikhlas dan bersedia menerima Cahaya seadanya. Dia juga bersetuju akan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Cahaya bersetuju dengan lamaran daripada Dean.

Majlis perkahwinan Dean dan Cahaya bakal dilangsungkan oleh Datin Junaidah. Ketika kedua-dua keluarga gembira dengan penyatuan Dean dan Cahaya, kawan baik Dean iaitu Izfairin (Gambit Saifullah) tidak bersetuju dengan pilihan Dean.

Selepas kahwin, pelbagai dugaan mula datang menguji. Cahaya yang dipergunakan oleh Datin Junaidah untuk menyelamatkan maruah keluarga dan egonya akhirnya bakal berhadapan dengan sejarah hitam Dean yang disimpan rapi.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Cahaya dapat menerima dan memaafkan suaminya?

PELAKON-PELAKON
  • Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
  • Sophia Albarakbah sebagai Cahaya Malaika
  • Gambit Saifullah sebagai Izfairin
  • Aleza Shadan sebagai Wahidah
  • Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
  • Maria Farida sebagai Datin Junaidah
  • Shima Anuar sebagai Anggun Dania
  • Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
  • Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
  • Faez Malek sebagai Jerry
  • Fiza Thomas sebagai Maya
  • Kael sebagai Nik Safri
  • Annie Mosha sebagai Balqis








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 10:42 AM | Show all posts
tergelak aku dgr semalam aaron panggil mria farida mummy.. mummy...

aaron blh bagi watak hero lagi sb dia segak herlox tapi agak2 la nk padankan ngn maria jd mak. kenapa x bg watak mak dean tu kat org lain yg jauh tua sikit dari segi air muka. maria tu even dah 50 pun tp muka muda lg so better la cari pelakon yg nmpk tua sikit. ramai lagi pelaon lain blh pgg watak mak berusia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 01:27 PM | Show all posts
chinta89 replied at 15-2-2022 10:42 AM
tergelak aku dgr semalam aaron panggil mria farida mummy.. mummy...

aaron blh bagi watak hero lagi  ...

kontroversi kan watak mak si maria farida nih.....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm citer ni watak AA tu bujang terlajak umo 40an ke? Kalau mmg gitu wataknya, sesuai la kt AA. Tp dah mcm pelik body dia, dh blh geng dgn julripin petiais n sarnaz fridge
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 08:39 AM | Show all posts
awat laa maria frida yg umur 52.. jadi mak aron ajis yg dah umur 46 tahun....

ya allah... xde palokon lain ke...

tp kan nasib baik la menjadi lakonan kunyit aron ajiz dengan gambit ni... hahaaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 09:13 AM | Show all posts
watak gambit dah muncul smlm
geli geleman plak tgk dia gitu
makin best plak cite ni
sopia tu masih kayu lagi lakonannya
nasib baik la cantik..eye candy gittew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2022 01:11 PM | Show all posts
BEst jugakla cerita ni layan malam2 dah penat. Suka tengok Shima Anuar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 07:26 PM | Show all posts
alerr sis baru nak follow tapi nak tengok online semua kena ban ehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 09:18 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 23-2-2022 07:26 PM
alerr sis baru nak follow tapi nak tengok online semua kena ban ehhh

kat telegram ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 10:13 AM | Show all posts

alamak, ada link ke chuols? share pliss hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 01:14 PM | Show all posts
kalau tgk di sebalik tabir.....pas cut je.....aaron & gambit mesti tunjuk geli2
siap menyumpah lagi.....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Strawberry replied at 23-2-2022 01:11 PM
BEst jugakla cerita ni layan malam2 dah penat. Suka tengok Shima Anuar.

Shima anuar ni siapa ya
Muka cantik tp tak kenal dia
Pandai berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 28-2-2022 10:38 PM
Shima anuar ni siapa ya
Muka cantik tp tak kenal dia
Pandai berlakon..

Dulu mcm resident artis MIG.. Byk berlakon filem
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 07:09 AM | Show all posts
krustykrab replied at 15-2-2022 08:59 PM
Dlm citer ni watak AA tu bujang terlajak umo 40an ke? Kalau mmg gitu wataknya, sesuai la kt AA. Tp d ...

geng petiais terkini

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa muka sophea ni masa iv melodi mencuka je, smp ke sudah tak senyum, mandang bawah je, sebok main hape gaknye
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 08:57 AM | Show all posts
tayang pukul berapa sis..nak tgk jugok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2022 09:06 AM | Show all posts
incess.my replied at 1-3-2022 08:33 AM
Kenapa muka sophea ni masa iv melodi mencuka je, smp ke sudah tak senyum, mandang bawah je, sebok ma ...

hahhaha....pastu asyik x dgr je....AA lak byk cakap smpi si abil nak potong pun payah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2022 09:07 AM | Show all posts
tripleid replied at 1-3-2022 08:57 AM
tayang pukul berapa sis..nak tgk jugok

isnin smpi khamis 10pm
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 09:13 AM | Show all posts
Iolls tengah layan dekat Disney+. Agak lambat gak la iolls tengok. Dah episod 10 baru iolls start tengok dekat Disney+. Yang iolls susah nak hadam, si Maria Farida jadi mak Aaron Aziz. Pastu masa Aaron pestime jumpa Fauzi Nawawi, heolls panggil uncle sedangkan beza umur 2 tahun. Pastu Aaron pon jadi menantu Fauzi. Si Sophia tu pon kalau ikutkan boleh jadi anak Aaron dalam drama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 09:15 AM | Show all posts

ok.thanks
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.467801 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list