‘Pak guard’ ditahan pecah masuk rumah orang, siap santai buka baju & seluar
Jika kita merasakan yang rumah kita merupakan kawasan paling selamat, nampaknya kita harus memikirkan kembali hal tersebut.
Ini susulan perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Yuyun Nissa yang terkejut apabila mendapat notifikasi daripada kamera rakaman litar tutup (CCTV) yang mengesan kehadiran seseorang tak dikenali menceroboh kediamannya.
Masuk macam tuan rumah
Lebih merisaukan, individu tersebut seperti seseorang yang dikenali kerana melihat dari pakaian serta perwatakan, dia adalah pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan perumahannya.
Lebih menakutkan, individu tersebut juga begitu mudah memasuki rumahnya walaupun semua pintu serta tingkap sudah dikunci.
Buka seluar dan baju kerja
Apa yang membuatkan wanita tersebut trauma adalah tindakan pengawal keselamatan itu yang membuka baju dan seluar kerjanya serta meluru naik ke tingkat atas rumah berkemungkinan mempunyai niat tidak baik.
Bimbang ada hal yang lebih buruk berlaku, dia terus menghubungi kakak serta abang iparnya untuk menjengah sebenar rumah yang dimasuki individu tersebut.
Didapati lelaki itu segera melarikan diri setelah menyedari ada orang yang datang kerumah tersebut. Mereka sekeluarga telah membuat laporan polis dan keesokan harinya lelaki itu sudahpun ditangkap pihak berkuasa.
Difahamkan, suspek memang mempunyai kes dadah sebelum ini dan hal ini berkemungkinan membuatkannya berani memecah masuk ke rumah orang sesuka hati.
Sudah ditahan polis
Walau bagaimanapun, Yuyun Nissa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis kerana cekap menyelesaikan kes tersebut.
Dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua supaya berhati-hati kerana rumah yang mempunyai pengawal keselamatan juga belum tentu selamat.
Buat masa ini kes tersebut masih lagi berjalan dan pengguna Facebook berkenaan berharap supaya orang ramai dapat mendoakan agar urusannya dipermudah.
Post time 15-2-2022 03:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dengan guard pun kita kena berhati2 jugak. Diorang tahu jadual dan rutin kita. Kalau nak buat jahat senang je. Aku teringat kes doktor haiwan yang kena bunuh dengan security guard di tambun tu.