CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 1

[Sabah] Sabah bakal bina Kompleks SMJREIC bernilai RM1 bilion

[Copy link]
Post time 14-2-2022 07:04 PM | Show all posts |Read mode


LANCAR: Hajiji (tengah) melancarkan simbolik perasmian SMJREIC sambil diperhatikan tetamu undangan yang lain.

KOTA KINABALU: Sabah bakal bina sebuah Kompleks Perindustrian Tenaga Diperbaharui Sabah Maju Jaya (SMJREIC) bernilai RM1 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kompleks berkenaan akan dibangunkan  di kawasan seluas 25 ekar di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar dekat sini.

Katanya, usaha merealisasikan SMJREIC dilaksanakan oleh Suria Capital Holdings Berhad dengan kerjasama Vandelay Ventures Sdn Bhd yang akan memberi manfaat kepada Sabah.

Beliau menyaksikan majlis menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Suria Capital Holding Berhad sebagai pemilik tanah dan Vandelay Ventures Sdn Bhd serta rakan kongsi termasuk Sawit Kinabalu dan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) sebagai pembekal bahan mentah, SULZER GTC Technology sebagai penyedia teknologi dan THINKAT Advisory Sdn Bhd sebagai rakan kongsi kewangan, di sini hari ini.

"Saya gembira Suria Capital Holdings Bhd telah menambah satu lagi portfolio pelaburan berpotensi dalam senarai usaha niaga di pacu pihak swasta yang berjaya di negeri ini.

"Diharap kita dapat melihat hasil MoU ini dalam masa terdekat yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, menjana peluang pekerjaan, dan membawa masuk teknologi baharu ke Sabah," katanya sempena majlis Pelancaran SMJREIC dan Menandatangani MoU berkenaan.

Sebagai Ketua Menteri, beliau gembira kerjasama berkenaan melibatkan Suria Capital Holding Berhad, iaitu antara syarikat awam berhad yang mempunyai reputasi tinggi di negeri ini dan akan memainkan peranan besar dalam membantu memastikan projek berdaya maju itu dilaksanakan dengan jayanya.

Menurutnya, kerajaan negeri mengalu-alukan peranan sektor swasta dalam memacu ekonomi, sebagai contoh, kekukuhan sektor hartanah, lonjakan semula industri minyak dan gas, dan penanaman semula pokok dalam sektor perhutanan.

"Inisiatif lebih besar hasil sokongan pihak swasta itu akan meningkatkan momentum ekonomi dalam industri ini selain merangsang aliran pelaburan, meningkatkan kepelbagaian ekonomi keseluruhan, serta meningkatkan peluang ekonomi yang lebih luas.

"Di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) selama lima tahun, kelestarian hijau menjadi agenda penting kerajaan negeri kerana ia bukan sahaja melibatkan isu alam sekitar dan fenomena pemanasan global, tetapi juga aset untuk pembangunan ekonomi serta hasil negeri.

"Dalam masa beberapa bulan lepas, kita berjaya menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan," jelasnya.

Beliau berkata, setakat Jun tahun lalu, Sabah memperoleh pelaburan asing bernilai RM4.4 bilion iaitu yang ketiga terbesar di negara ini.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatkan supaya terus menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan alternatif yang menarik mesra pelabur.

"Kita berada di landasan untuk melihat transformasi besar-besaran dalam perjalanan Hala Tuju SMJ.

"Sabah dikurniakan banyak sumber tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi menawarkan prospek kukuh untuk menyumbang secara signifikan dan tranformasi kepada kedua-dua negeri dan negara untuk menjadi ekonomi nilai tambah tinggi.

"Kerajaan negeri secara agresif mendorong agendanya dalam menggalakkan tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan tenaga bersih dengan melaksanakan program yang akan membantu menggalakkan aktiviti ekonomi dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta akhirnya akan membentuk dan mengukuhkan sektor tenaga baharu dan industri hijau Sabah," katanya.

Beliau berkata, ia memberi peluang untuk menggunakan tenaga secara cekap sambil mewujudkan persekitaran yang lebih baik melalui penggunaan sistem tenaga bersepadu dan fleksibel yang meningkatkan nisbah penjimatan tenaga.

Selain itu katanya, teknologi hijau juga menawarkan faedah alam sekitar yang lain termasuk peningkatan perlindungan kepada ekosistem dan biodiversiti, peningkatan kualiti udara dan air, serta pengurangan sisa pepejal.

Menurutnya, kerajaan dan sektor swasta perlu mengambil langkah penting yang memberi tumpuan kepada faedah teknologi hijau berikutan penekanan global semasa terhadap perubahan iklim dan kehidupan mampan.

"Apabila siap, SMJREIC akan menempatkan 'Edible Oil Bulking Terminal' dengan kapasiti 30,000 tan metrik dan Kompleks Penapisan Minyak Sawit pertama dengan kapasiti 100,000 tan metrik setahun serta loji Minyak Sayuran Berhidrogen (HVO), yang pertama di Malaysia dengan kapasiti 250,000 tan metrik setahun menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

"Kompleks dan kemudahan serta industri sampingannya dianggarkan menjana kira-kira 10,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sabah," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:40 AM | Show all posts
10,000 peluang pekerjaan
banyak tu
bagus pelaburan jangka panjang ni
cuma tak bagitau akan siap berapa tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.529739 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list