CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sabah] JKNS Nafi Dakwaan Isu Remaja Meninggal Dunia Akibat Dos Penggalak

[Copy link]
Post time 14-2-2022 06:38 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan isu berkaitan seorang remaja meninggal dunia akibat menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, siasatan lanjut mendapati isu yang tular dimedia sosial sejak pagi tadi itu adalah palsu.

Katanya, pesakit telah meninggal dunia pada 12 Februari 2022 dan punca kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir yang semakin tenat.

“Punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat dan bukannya disebabkan dos penggalak vaksin COVID-19 seperti yang didakwa.

“Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, siasatan juga mendapati bahawa pesakit telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 31 Julai 2021 manakala dos kedua pada 21 Ogos 2021.

Katanya, ibu pesakit dan juga Hospital Tuaran telah mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos vaksin penggalak.

“Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu pesakit pada 13 Februari 2022 yang menafikan bahawa kematian anaknya adalah disebabkan oleh dos penggalak vaksin COVID-19.

“Ibu kepada pesakit juga menafikan bahawa ahli keluarga membuat penularan dalam aplikasi Whatsapps mengenai kematian anaknya disebabkan oleh dos penggalak.

“Pihak Hospital Tuaran juga telah membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi Whatsapps oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, jabatan ini menggesa kepada semua rakyat di negeri ini agar tidak menularkan berita palsu dalam mana-mana media sosial atau aplikasi yang lain.

Katanya, penularan berita palsu bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai tetapi juga boleh mengancam privasi pesakit dan ahli keluarga.

“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu berkenaan atas tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.

“JKNS turut bersimpati dengan keluarga pesakit dan berharap perkara seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya.


sabahmedia.com/2022/02/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055037 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list