CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Kedah] Maut makan sisa makanan: Bapa ditahan positif dadah

[Copy link]
Post time 14-2-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Langkawi: Polis menahan bapa kepada dua kanak-kanak lelaki warga Myanmar yang maut selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata bapa kanak-kanak terbabit berusia 36 tahun ditahan malam tadi, selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah.

"Berikutan kes kematian dua kanak-kanak di Bukit Malut petang semalam, polis menahan bapa mangsa untuk siasatan lanjut.

"Siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Shariman berkata, mayat dua kanak-kanak terbabit akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar hari ini, bagi proses bedah siasat.

Dalam kejadian semalam, dua beradik lelaki warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan yang dikutip dalam tong sampah di kampung berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.102517 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list