CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1360|Reply: 1

Kereta Bentley warna warni bakal dijual pada harga RM2.27 juta

[Copy link]
Post time 14-2-2022 03:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan sebuah kereta Bentley yang bakal dijual pada harga £400,000 (RM2.27 juta). – Bonhams/BNPS

Kereta Bentley warna warni bakal dijual pada harga RM2.27 juta

LONDON – Sebuah kereta Bentley edisi khas yang direka dengan kerjasama artis terkenal, Sir Peter Blake dijangka akan dijual pada harga £400,000 (RM2.27 juta), lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Sir Peter Blake terkenal kerana telah mencipta reka bentuk kulit album Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band 1997 yang dikeluarkan oleh kumpulan muzik rock Britain, The Beatles.

Pada 2016, Sir Peter beralih kepada mencipta reka bentuk kereta Bentley yang berwarna-warni, Continental GT V8 S Convertible yang telah dibeli dengan harga £250,000 (RM1.42 juta).

Harga kereta tersebut kini boleh mencecah dua kali ganda apabila dijual di syarikat pelelong Bonhams pada 3 Mac akan datang.

Ia disembur dengan warna-warna yang terang dengan satu lukisan hati berwarna merah dilukis diatas bonetnya yang berwarna kuning.

Tandatangan pereka itu dilakar pada ruang papan pemuka (glove board) dan di kusyen kepala pada setiap tempat duduk.

Kereta itu mempunyai enjin 552 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 321.87 kilometer per jam. Ia direka dengan pemanduan hanya 1,287.48 kilometer dalam satu jam. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... -harga-rm2-27-juta/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 03:55 PM | Show all posts
jpj x lepas....tp geng kayangan mesia boleh punya...tungguuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049092 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list