CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sabah] Ibu bapa kandung kanak-kanak dicari

[Copy link]
Post time 14-2-2022 01:50 PM | Show all posts |Read mode


SHAZRIHANA ALYSSA

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan sedang mengesan ibu bapa kandung seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun, yang merupakan mangsa pengabaian.

Pelindung Bahagian Sandakan Nurhafiza Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak perempuan bernama Shazrihana Alyssa.

Kanak-kanak berkenaan adalah mangsa pengabaian setelah dirujuk oleh pengadu iaitu Yusmail Shah Yusop pada 21 Januari 2022 kepada pihak pelindung.   

Beliau berkata, dalam laporan polis yang dibuat oleh pengadu bertarikh 21 Januari 2022 menyatakan telah menjaga kanak-kanak berkenaan sejak 15 Jun 2010 sehingga sekarang.

“Menurut pengadu, seorang ibu tunggal bernama Salmiah menyerahkan kanak-kanak itu ketika berumur 3 bulan kepada pengadu bertempat di rumah Perumahan Pasir Putih Taman Melanta, di sini.

“Alasan Salmiah menyerahkan kanak-kanak itu kepada pengadu kerana tidak mampu menyaranya, namun sehingga sekarang dia tidak dapat dihubungi,” katanya.

Nurhafiza berkata, kes ini sedang diambil tindakan dibawah Seksyen 17 (1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa kandung tampil membantu siasatan bagi memudahkan urusan berkaitan kanak-kanak ini.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Nurhafiza di pejabatnya melalui talian 089-668494/667821.


utusanborneo.com.my/2022/02/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054242 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list