CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Kedah] PPM rampas 5 pelanduk sudah disembelih

[Copy link]
Post time 14-2-2022 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Anggota PPM menunjukkan pelanduk yang dirampas di Pantai Selat Panchor di Langkawi, semalam. Foto Ihsan PPM

Langkawi: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas lima pelanduk yang dipercayai ditinggalkan pemburu haram di kawasan Pantai Selat Panchor di sini, semalam.

Pelanduk yang sudah disembelih dan kaki diikat itu ditemui anggota PPM ketika membuat rondaan di kawasan pantai pada 7.15 malam.

Komander PPM Wilayah Satu Asisten Komisioner Shamsol Kasim berkata, anggota PPM sebelum itu mengesan kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di pesisiran pantai berkenaan.

"Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka melarikan diri ke arah hutan dan meninggalkan bungkusan plastik dan guni di pantai.

"Pemeriksaan lanjut ditemukan lima pelanduk siap disembelih dan set pukat dipercayai digunakan mereka bagi menjerat haiwan berkenaan," katanya.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM900.

"Kesemua barangan rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Satu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Langkawi untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.067815 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list