CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5227|Reply: 8

[Lain-lain] RM50 sehari bagi sambung nyawa

  [Copy link]
Post time 13-2-2022 05:49 PM | Show all posts |Read mode
RM50 sehari bagi sambung nyawa


CHE Norhayati (kiri) menghulurkan wang zakat kepada Mohd Razi yang ditemani Nor Hazliza ketika ditemui di Kampung Lundang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR


Kota Bharu: Demi kasih, seorang isteri lebih mengutamakan keperluan suami dengan memastikan bekalan oksigen sentiasa ada dalam alat bantuan pernafasan yang digunakan lelaki itu.

Ini kerana suaminya Mohd Razi Abdullah, 55, bergantung kepada peralatan itu sepanjang masa berikutan menghidap pelbagai komplikasi akibat penyakit paru-paru berair.

Nor Hazliza Ismail, 57, dari Lundang di sini, berkata dia memerlukan sebanyak RM50 sehari untuk kos mengisi semula gas oksigen bagi keperluan suaminya bagi mengelakkan kesihatannya terganggu.

Dia yang berniaga kuih dengan pendapatan sekitar RM20 hingga RM25 sehari berkata, dia bersama dua anaknya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan penghantar barang akan berusaha mencukupkan wang untuk mengisi semula oksigen dalam tiga tabung gas kegunaan suaminya.

"Kami pernah berdepan masalah apabila ketiga-tiga tabung sudah kosong dan tidak cukup wang menyebabkan suami terpaksa bertahan dalam keadaan mengah sebelum tabung itu diisi semula dengan oksigen.

"Kini, kami lebih mengutamakan keperluan suami kerana ketika mampu bekerja dulu, dia sudah berkorban dan tiba giliran kami untuk menjaganya pula," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang turut menghulurkan wang zakat.

Nor Hazliza berkata, suaminya mengalami masalah paru-paru sejak tiga tahun lalu selain menghidap penyakit kencing manis serta komplikasi jantung.

Dia yang sebelum ini berniaga nasi bungkus bersama suami di Pengkalan Chepa terpaksa menghentikan perniagaan itu disebabkan pandemik Covid-19 selain kesihatan suami tidak mengizinkan.

"Pernah juga kami memohon untuk mendapatkan mesin membuat kuih atau kios jualan untuk berniaga di hadapan rumah, tetapi belum ada maklum balas," katanya.

Sementara itu, Che Norhayati berkata, pihaknya sudah menyediakan katil khas yang diwakafkan untuk kegunaan Mohd Razi dan akan dihantar dalam masa terdekat.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Razi di talian 019-4365549.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -bagi-sambung-nyawa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2022 06:03 PM | Show all posts
semoga dipermudahkanNya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 06:48 PM | Show all posts
Bring your own lunch and coffee to work instead of eating out.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 09:44 PM | Show all posts
Cut down on unnecessary expenses, such as subscriptions or memberships you don't use or need.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 10:18 PM | Show all posts
Cook your meals at home instead of ordering takeout or eating out.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 10:39 PM | Show all posts
Reduce your electricity usage by turning off lights and electronics when not in use.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 10:51 PM | Show all posts
Take public transportation or carpool instead of driving alone.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:54 PM | Show all posts
Set a daily or weekly budget for yourself and stick to it.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 12:38 PM | Show all posts
Avoid impulse purchases and only buy things you really need or will use.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.266068 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list