CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 1

[Sabah] Perkarangan Balai Polis Tongod berlaku tanah runtuh

[Copy link]
Post time 13-2-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode


RUNTUH: Bahagian tepi perkarangan bangunan Balai Polis Tongod runtuh.

KINABATANGAN: Keadaan bangunan Balai Polis Tongod membimbangkan selepas kawasan tepi perkarangannya mengalami tanah runtuh, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaludin berkata pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Tongod pada jam 2.45 pagi.

“Susulan itu, seramai tiga anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti tahap runtuhan tersebut.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian tepi perkarangan bangunan Balai Polis tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan, tahap tanah runtuh tersebut membimbangkan dan perlu tindakan segera diambil.

“Pasukan bomba bertindak memasang kanvas di bahagian runtuhan dan menutup kawasan tersebut bagi memastikan tiada kemerbahayaan berlaku.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan mengenai kemalangan atau kecederaan berlaku dalam insiden tersebut,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2022 02:00 PM | Show all posts


Tanah Runtuh Di Balai Polis Tongod

TONGOD: Tanah runtuh berlaku berhampiran Balai Polis Tongod, Kinabatangan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, runtuhan berlaku akibat hujan berterusan sejak Rabu lalu.


Hujan berterusan mengakibatkan tanah runtuh berhampiran Balai Polis Tongod, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.45 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian sejauh 156 kilometer.

“Sebaik tiba, pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian tepi bangunan balai polis terbabit.

“Pasukan kami kemudiannya memasang sawar-sawar dan memastikan tiada risiko lain.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat jam 7.05 pagi, tadi,” katanya hari ini. – BH Online


sabahpost.net/2022/02/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050694 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list