CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Kedah] Alahai, tunggu abang imigresen pujuk

[Copy link]
Post time 13-2-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode


ANGGOTA JIM terpaksa turun ke kolam untuk memujuk lelaki Myanmar yang enggan keluar. FOTO Izad Thaqif Hassan

Kuala Nerang: Kena pujuk dulu, baru mahu naik. Itu kelakuan lelaki Myanmar berperwatakan lembut yang terpaksa dipujuk anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah kerana enggan keluar dari kolam di sebuah ladang ketum di Kampung Candeang Naka, di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 20-an itu nekad terjun ke kolam berkenaan selepas menyedari kehadiran anggota JIM yang menyerbu lokasi berkenaan.

Serbuan jam 11.20 malam diketuai Ketua Unit Aduan, Risikan dan Operasi JIM Kedah, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Mohamad Rizal Ramli dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Difahamkan, ketika serbuan lelaki itu berada dalam khemah berhampiran sungai dan sedang sibuk membungkus daun ketum dipercayai untuk diseludup.

Sangkaan kononnya dengan terjun dan bersembunyi dalam kolam membuatkan dia gagal dikesan berikutan cuaca gelap ternyata meleset kerana anggota JIM sudah mengepung lokasi terbabit dan menyuruhnya keluar.

Bagaimanapun, selepas 15 minit dia masih berdegil dan dilihat asyik menutup wajah menggunakan rambutnya yang panjang ketika cahaya lampu suluh dihalakan kepadanya.

Dia juga sesekali dilihat menyelam sebelum tangannya mula menggigil kerana menahan kesejukan dan seorang anggota JIM akhirnya terpaksa masuk ke kolam untuk membawanya keluar.

Sebaik anggota JIM menghampirinya, dia dilihat menghulurkan tangan dengan aksi manja meminta ditarik keluar kolam.

Namun apabila selamat dibawa naik, dia mula bercakap dan ketika itu 'suara jantannya' keluar dan barulah terbongkar identiti sebenar yang pada mulanya disangka wanita.

Dia bersama lima wanita dan bayi perempuan yang tinggal di ladang ketum berkenaan kemudian ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.

Timbalan Pengarah JIM negeri (Kawalan) Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Nerang dan Kepala Batas itu seramai 22 individu ditahan kerana tinggal lebih masa selain dikesan masuk ke negara ini tanpa sebarang pas sah.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Thailand, Myanmar, Kemboja, Bangladesh dan Indonesia.

"Semua yang ditahan berusia sembilan bulan hingga 52 tahun terdiri daripada sembilan lelaki termasuk kanak-kanak empat tahun dan 13 wanita serta seorang bayi dan seorang kanak-kanak berumur enam tahun.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.650655 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list