CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Sabah] SOP BAHARU: Dilarang Berkaraoke, Tiup Lilin Beramai-Ramai Di Sabah

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menangani penularan Covid-19 berikutan peningkatan mendadak kes termasuk melarang aktiviti berkaraoke bersama jemputan dan meniup lilin beramai-ramai ketika majlis sosial.

SOP yang berkuat kuasa mulai semalam itu menetapkan semua majlis sosial seperti perkahwinan, pertunangan, resepsi, majlis akikah, doa selamat, tahlil, ulang tahun, perayaan, hari kelahiran, ‘reunion’ dan ‘retreat’ dibenarkan tanpa sebarang acara yang membabitkan tetamu jemputan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, bagi majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi, kehadiran maksimum yang dibenarkan ialah 150 orang atau 50 peratus ruang, yang mana lebih kecil dan dijalankan dalam tempoh maksimum tiga jam.

“Bagi majlis akikah, doa selamat, tahlil, ulang tahun, perayaan, hari kelahiran, ‘reunion, ‘retreat’ dan lain-lain majlis sosial, kehadiran yang dibenarkan ialah maksimum 50 orang atau 50 peratus ruang, yang mana lebih kecil dan dijalankan dalam tempoh maksimum dua jam saja.

“Sepanjang majlis sosial diadakan, tetamu tidak boleh dijemput berkaraoke dan tidak boleh meniup lilin beramai-ramai atau mengadakan tarian,” katanya dalam satu kenyataan mengenai penguatkuasaan SOP baharu di Sabah.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, individu yang menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi anjuran kerajaan dan swasta perlu menjalani ujian kit sendiri (saliva) Covid-19 dengan disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.

Katanya, kebenaran penganjuran majlis juga tertakluk kepada kehadiran 150 peserta saja atau 50 peratus kapasiti ruang mengikut mana yang lebih rendah, selain pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan tempoh majlis selama dua jam.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sabah juga membenarkan tempoh kuarantin individu yang sudah menerima dos penggalak kepada lima hari, tanpa perlu menjalani ujian RT PCR pada hari kelima (kuarantin tujuh hari) dan hari kelapan (kuarantin 10 hari) yang ditetapkan sebelum ini.

“Bagi semakan suhu, kerajaan Sabah juga membenarkan semakan suhu ditiadakan dan alat pengimbas suhu tidak diwajibkan lagi, namun semakan status pada MySejahtera tetap diwajibkan dan hanya pelanggan berstatus risiko rendah dan kontak dibenarkan masuk premis. Kad vaksinasi juga masih dibenarkan,” katanya.

Mengenai pengoperasian sekolah, Masidi berkata, semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM dibenarkan dibuka dengan kemasukan murid atau pelajar secara berperingkat tertakluk kepada ketetapan KPM dengan mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sekiranya ada kes positif, pembukaan atau penutupan sekolah rendah dan sekolah menengah adalah tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya. – HMetro


sabahpost.net/2022/02/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 1.050545 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list