CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sabah] Kes Covid-19 Naik, Sabah Kembali Bimbang

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kebimbangan terhadap penularan Covid-19 kembali melanda Sabah apabila perniagaan dan aktiviti harian terjejas selepas jangkitan harian di negeri itu mencecah beribu kes sejak seminggu lalu.

Selepas merekodkan bilangan kes yang agak rendah sejak berbulan-bulan lalu, angkanya tiba-tiba melonjak kepada 1,205 kes pada 5 Feb dan terus meningkat dalam masa sehari kepada 3,333 kes pada Rabu.

Walaupun ia menunjukkan sedikit penurunan pada Khamis, namun kes masih kekal melebihi paras 2,000 apabila mencecah 2,969 sebelum meningkat sebanyak 392 kes kepada 3,361 pada Jumaat.

Lonjakan itu menjadi kebimbangan kepada rakyat Sabah seperti Rolly Jistin yang merancang untuk bertunang di daerah utara Kudat hari ini.

Rolly berkata majlis itu, yang telah dihadkan menerusi SOP semasa, mungkin diadakan secara kecil-kecilan berikutan beberapa ahli keluarganya dijangkiti virus.

“Tidak mungkin saya akan menangguhkan pertunangan kerana persiapan sudah dibuat sejak sebulan lalu, tetapi pada masa sama, saya juga bimbang dengan kemungkinan yang akan berlaku jika kami teruskan (majlis).

“Apa pun, saya harap tiada lagi ahli keluarga lain dijangkiti kerana ia seperti hampir setiap hari anda dengar orang yang dikenali dijangkiti virus sekarang,” katanya kepada FMT.

Lonjakan kes juga menjejaskan perniagaan. Bagi Brandon Young, yang mengusahakan sebuah restoran Mexico yang berkembang maju di tengah-tengah bandar, jualan menurun dengan ketara kerana orang ramai tidak mahu keluar.

“Pelanggan penuh pada waktu makan malam Ahad lalu, tetapi ia menurun mendadak sebanyak 50% pada hari berikutnya dan sebanyak 70% pada hari berikutnya.

“Saya percaya ini berkemungkinan besar disebabkan orang ramai takut untuk keluar. Sekarang, orang tengok jumlah kes berbanding SOP dalam membuat keputusan untuk berada di luar.”

Kata Young, jumlah jangkitan yang tinggi turut menjejaskan perniagaan lain yang berdekatan, dengan beberapa kedai makan terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana kakitangan terpaksa dikuarantin susulan ada kontak rapat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun sebelum ini berkata lonjakan mendadak itu berkemungkinan disebabkan varian Omicron yang mudah merebak, walaupun Jabatan Kesihatan masih belum memastikan perkara itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah Foo Ngee Kee berkata jumlah kereta di jalan raya dilihat berkurang dengan banyak tempat letak kereta di tepi jalan kosong, menunjukkan lebih ramai orang duduk di rumah.

Foo bimbang sekiranya penutupan penuh berpotensi dilaksanakan semula dan berharap ia tidak akan berlaku.

Bagi Presiden Persatuan Majikan Sabah Yap Cheen Boon, beliau tidak bimbang akan penutupan penuh kerana kadar kematian adalah rendah dan percaya bahawa langkah perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) bersasar pasti akan membuahkan hasil. – FMT


sabahpost.net/2022/02/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.092894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list