CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Sabah] Dua rumah, pacuan empat roda musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Rumah dua tingkat jenis kekal musnah dalam kebakaran.

TAWAU: Dua rumah dan sebuah kenderaan pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di Kampung Kongsi 8 Lorong 1A, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, seorang lelaki berumur 59 tahun turut mengalami kecederaan melecur di bahagian dada dan perut ketika cuba menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Julius John Stephan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang.

“Susulan itu, seramai 15 anggota dan pegawai bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.

“Sebaik tiba, dua rumah dan sebuah kenderaan pacuan empat roda sudah musnah dalam kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, pasukan bomba segera bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera dan pili bomba berhampiran supaya api tidak terus merebak.

“Kita juga turut menyelamatkan seorang mangsa yang melecur dengan memberikan rawatan awal sebelum menghantarnya ke Hospital Besar Tawau.

“Kemusnahan dalam insiden itu melibatkan melibatkan dua rumah jenis kekal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Julius berkata pasukannya menjalankan pemeriksaan akhir supaya kawasan kebakaran selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.41 petang.

“Pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054950 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list