CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 11/02/2022

[Copy link]
Post time 13-2-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-2-2022 02:52 AM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 3,361 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 266,262 kes. Sebanyak empat (4) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga (3) kes di daerah Papar dan satu (1) kes di Tuaran.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 512 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 243,140 orang. Manakala 2,399 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 991 orang di hospital, 1,291 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 114 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga (3) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 40 orang merangkumi 34 di ICU/repurposed kritikal care serta enam (6) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 28 (17.61%)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Angka jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini adalah yang tertinggi setakat ini, iaitu 3,361 kes, peningkatan sebanyak 392 kes berbanding semalam.

b. Kota Kinabalu mencatatkan kes tiga (3) angka yang tertinggi dengan 782 kes, diikuti oleh Sandakan 374 kes, Tuaran 310 kes, Tawau 263 kes, Penampang 254 kes, Papar 244 kes, Lahad Datu 152 kes, Beaufort 123 kes, Kota Belud 122 kes dan Ranau 107 kes. Sebanyak 15 daerah lain mencatatkan kes pada dua (2) angka dan dua (2) daerah pula mencatatkan kes satu (1) angka.

c. Kes-kes bergejala (simptomatik) kekal tinggi dengan 1,785 kes atau 53.11% daripada keseluruhan jumlah kes hari ini. Sejumlah 18 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala yang lebih tinggi dan berkemungkinan daerah-daerah yang akan mencatatkan pertambahan kes baharu yang lebih tinggi. Kes-kes bergejala yang merebak secara simptomatik adalah tanda-tanda virus itu aktif dalam masyarakat dan akan merebak dengan cepat dan secara meluas.

d. Jumlah kluster yang aktif diseluruh Sabah setakat ini ialah 36 kluster termasuk dua (2) kluster baharu yang diisytiharkan hari ini. Sebanyak 26 daripada klusterkluster ini adalah kluster yang melibatkan institusi pendidikan, enam (6) Kluster Tempat Kerja, dua (2) Kluster Komuniti dan masing-masing satu (1) kluster untuk Kluster Keagamaan dan Kluster Berisiko Tinggi.

e. Kluster Loboh Nabawan adalah Kluster Komuniti yang diisytiharkan di Nabawan hari ini yang berkait-rapat dengan Majlis Penghormatan Terakhir dan Pengkebumian di Kg Loboh Nabawan pada 1 Februari 2022. Kes indeks adalah seorang warganegara, perempuan, berumur 59 tahun, mula bergejala (demam, batuk, selsema, sakit kepala dan sakit tekak) pada 6 Februari 2022. Kes kemudiannya mendapatkan rawatan dan didapati positif setelah menjalani saringan pada 8 Februari 2022 di Klinik Kesihatan Nabawan. Saringan Kontak Rapat telah dilakukan dan mendapati 16 lagi positif. Semua kes positif telah dikuarantin dan diberi rawatan yang sesuai.

f. Kluster Pengkalan Abai yang diisytiharkan di daerah Kota Belud adalah kluster institusi pendidikan yang melibatkan asrama perempuan SMKA Tun Said dan keluarga guru. Indeks kes merupakan seorang pelajar perempuan, warganegara, berumur 18 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 7 Februari 2022. Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada guru, rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati 38 orang lagi telah dijangkiti. Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif Kluster ini ialah 39 kes setakat 11 Februari 2022. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

g. Sejumlah 3,353 (99.76%) daripada 3,361 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lima (5) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5.

h. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (1,345) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.

i Kluster Loboh Nabawan - Nabawan yang dikesan pada 01 Februari 2022, kini menokok lapan (kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 17 kes positif COVID-19 selepas saringan terhadap 35 individu. Kluster jenis komuniti ini melibatkan majlis penghormatan terakhir pengebumian di Kg Loboh dalam daerah Nabawan. Kes indeks merupakan wanita tempatan, 59, yang disahkan positif RTK AG pada 08 Februari 2022 di Klinik Kesihatan Nabawan, selepas bergejala (demam, batuk, selesema, sakit kepala dan sakit tekak) sejak 06 Februari 2022. Kes indeks juga telah dikuarantin serta diberikan rawatan lanjut. Saringan turut dijalankan terhadap ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual dan mengenalpasti 16 lagi kes positif. Semua kes positif telah dikuarantin dan diberikan rawatan yang sesuai.

ii Kluster Pengkalan Abai - Kota Belud merupakan satu lagi kluster jenis institusi pendidikan dengan jumlah kumulatif sebanyak 39 kes positif COVID-19, termasuk 33 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini. Kluster jenis institusi pendidikan ini melibatkan asrama perempuan SMKA Tun Said dan keluarga guru. Kes indeks merupakan pelajar perempuan, 18, yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 07 Februari 2022. Susulan kes tersebut, saringankontak rapat dijalankan ke atas 106 orang terdiri daripada guru, rakan sebilik dan rakan sekelas. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Manakala, kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.600643 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list