CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Sabah] Warga emas maut terjatuh dari tingkat 13

[Copy link]
Post time 10-2-2022 07:03 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Mayat mangsa ditemukan maut dipercayai jatuh dari tingkat 13 bangunan MPS.

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 13 bangunan Menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di sini kelmarin.

Kejadian itu dilaporkan oleh seorang saksi awam yang berada di tingkat tiga tempat letak kereta bangunan tersebut telah melihat mangsa terbaring sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.20 pagi.

“Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi penyiasatan terhadap kes tersebut.

“Sebaik tiba, pasukan polis mendapati mayat seorang lelaki tempatan berumur 68 tahun telah meninggal dunia dipercayai jatuh dari bangunan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa dipercayai jatuh dari aras 13 tempat letak kereta bangunan tersebut berdasarkan selipar dan tongkat miliknya yang dijumpai di kawasan itu.

“Mangsa kali terakhir dilihat oleh saksi awam pada jam 6.30 pagi hari yang sama iaitu ketika keluar dari tandas awam sambil menggunakan tongkat kayu.

“Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah ataupun khianat, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Abdul Fuad berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duches of Kent, Sandakan untuk dibedah siasat.


utusanborneo.com.my/2022/02/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068995 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list