CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 10/02/2022

[Copy link]
Post time 10-2-2022 06:53 PM | Show all posts |Read mode


COVID-19 : Sabah Catat Kes Jangkitan Dibawah Paras Angka 3,000

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah mencatat penurunan dibawah paras 3,000 dengan merekodkan kes baharu sebanyak 2,969 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu berkurang sebanyak 364 kes berbanding semalam yang merekodkan kes sebanyak 3,333 kes.

“Walau bagaimanapun jumlah kes di hampir semua daerah adalah tinggi dengan mengambilkira peratusan kes simptomatik yang amat tinggi iaitu sebanyak 56.35 peratus, kadar penularan virus adalah lebih cepat dan ini boleh mengakibatkan kes-kes jangkitan harian yang tinggi.

“Sebanyak lapan daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 565 kes, Penampang 346 kes, Sandakan 327 kes, Tuaran 248 kes, Papar 241 kes, Tawau 181 kes, Lahad Datu 151 kes dan Ranau 121 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan hanya Kalabakan yang mencatatkan kes satu angka.

Katanya, seramai 1,673 daripada 2,969 kes atau 56.35 peratus yang dilaporkan hai ini adalah kes-kes simptomatik atau bergejala dan ia merupakan yang tertinggi dicatatkan.

“Kes-kes simptomatik atau bergejala adalah penyumbang utama kepada kes-kes baharu di hampir semua daerah di Sabah khususnya daerah-daerah yang merekodkan kes harian tiga angka seperti Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Tuaran, Papar, Tawau, Lahad Datu dan Ranau.

“Peratusan kes-kes simptomatik yang tinggi bermakna virus COVID-19 sudah bertapak dalam komuniti di daerah-daerah berkenaan dan jangkitan secara sporadik sudah menjadi punca jangkitan utama.

“Adalah dinasihatkan agar mereka yang tinggal di kawasan-kawasan berkenaan mengurangkan perjalanan di tempat-tempat sesak dan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) sepanjang masa. Risiko jangkitan di tempat-tempat awam yang sesak adalah sangat tinggi,” katanya.


sabahmedia.com/2022/02/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.564357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list