CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2882|Reply: 1

9 Cara Halau Semut Guna Bahan Di Rumah.

[Copy link]
Post time 10-2-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NaylaArisha at 10-2-2022 04:17 PM

9 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RACUN!

1. CUKA
Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.
Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol'spray' kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.
Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.


2. KAYU MANIS & CENGKIH
Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.
Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.
Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!


3. SERBUK KOPI
Serbuk kopiasli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.
Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.


4. SODA PENAIK
Secara teorinya, gula aising adalah untuk memerangkap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut.
Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.


5. DAUN SIRIH
Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.


6. AIR LADA
Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.
Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.


7. KULIT TELUR
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.


8. KULIT LEMON / OREN
Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.
Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda.
Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.


9. DAUN PANDAN
Satu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan.
Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya!




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually nak halau semut
senang je
pakai White vinegar and Lemon.
Nanti dia keluar terus.


Mod nak tacang please hehe. Iols dah jawab bod ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075681 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list