CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Sabah] Lelaki dibaham buaya ketika cari lokan di Tuaran

[Copy link]
Post time 10-2-2022 03:06 AM | Show all posts |Read mode



Tuaran: Seorang lelaki nyaris maut dibaham buaya ketika mencari lokan di Sungai Kampung Giling di sini, Ahad lepas.

Lelaki berumur 57 tahun itu berjaya membebaskan dirinya dengan kecederaan parah di kaki selepas diserang buaya sepanjang 1.5 meter itu pada jam 11 pagi.

Siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu dan rakannya menaiki bot kecil dari Kg Mengkabong ke Sungai Kg Giling di kawasan paya bakau untuk mencari lokan, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim.

Sebaik selesai mencari lokan di kawasan itu, lelaki yang bersiap untuk menaiki bot untuk pulang ke rumah diserang seekor buaya yang muncul dari air pada kedalaman paras pinggang.

Kaki kiri lelaki itu digigit buaya berkenaan secara agresif, tetapi dia berjaya melepaskan diri dan menaiki bot itu dan pulang ke Kg Mengkabong bersama rakannya.

Menurut Mohd Hamizi, mangsa dipindahkan ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut selepas dibantu ahli keluarganya selepas tiba di rumah.

Mangsa yang cedera di kaki kiri itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Kes akan dimajukan kepada Jabatan Hidupan Liar Negeri.

Sesiapa yang pernah melihat buaya itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran di talian 088791933, 088791966 atau 088791977.

Ini adalah kejadian serangan buaya kedua di daerah itu.

Pada Disember lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya mengelak serangan buaya sepanjang 1.5 meter ketika menyeberangi sungai di Kg Mengkabong.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.115144 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list