CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Sabah] Tidak Sempat Cari Kerja, 8 PATI Indonesia Ditahan

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:55 AM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Sepasang suami isteri bersama bayi berusia 12 bulan antara lapan ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) ketika cuba menyusup masuk ke negara ini sebaik mendarat di Kampung Kurnia Jaya, di sini, semalam.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad, berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menaiki bot itu dikesan menceroboh kawasan perairan negara menerusi radar pada jam 12.15 tengah malam.

Katanya, juragan bot laju terbabit bagaimanapun bertindak memecut dan berpatah balik ke sempadan perairan antarabangsa sejurus menurunkan kesemua PATI berkenaan di kawasan penempatan atas air itu.

“Tindakan pantas pasukan keselamatan yang mengepung kawasan pendaratan terbabit berjaya menahan lapan individu walaupun ada di antara mereka yang cuba melarikan diri.

“Mereka terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 17 hingga 52 tahun, dan seorang bayi perempuan berusia 12 bulan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, siasatan awal mendedahkan tujuan mereka datang ke negara ini adalah untuk mencari peluang pekerjaan melalui khidmat ejen.

Katanya, kesemua mereka menaiki bot yang diaturkan oleh ejen dari Pulau Sebatik menuju ke Tawau, seterusnya diambil ejen lain sebaik tiba di sini sebelum dihantar ke destinasi ditetapkan.

“Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – BH Online



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063918 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list