CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sabah] Akibat Perkahwinan Tak Direstui Mentua, Lelaki Buat Laporan Palsu Sabah Diceroboh

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:53 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Polis Sabah berkata, seorang lelaki membuat laporan palsu mengenai sekumpulan lelaki asing bersenjata menceroboh negeri itu dengan harapan masalah perkahwinan yang tidak direstui keluarga isterinya akan selesai.

Warga asing itu yang hanya dikenali sebagai Ben, dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini selepas mengaku memberi maklumat palsu berhubung kumpulan terbabit yang dikatakan menceroboh daerah itu awal bulan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah berkata, hasil siasatan polis mendapati dakwaan lelaki terbabit palsu.

“Motifnya untuk mereka-reka cerita kononnya tempat tinggal dia tidak lagi selamat bagi menarik perhatian pihak keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan tertuduh juga ada kaitan dengan masalah keluarga kerana perkahwinannya tidak direstui dan lelaki itu berharap selepas membuat laporan polis, tiada lagi gangguan daripada keluarga isterinya.

Lelaki berusia 42 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Ryan Sagiran Rayner.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dikatakan membuat laporan itu di Balai Polis Cenderawasih, Lahad Datu pada 7.54 malam 3 Feb lalu.

Dia mendakwa 13 lelaki bersenjata laras panjang dan berpakaian celoreng, dipercayai “tentera” dari selatan Filipina mendarat di pantai Sabah.

Idris memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memberi maklumat palsu, khasnya dalam soal keselamatan.

Walaupun polis dan pasukan keselamatan lain mengalu-alukan maklumat berguna, katanya, rakyat perlu bertanggungjawab dan tidak memberi maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran orang ramai. – FMT



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.362183 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list