CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 2

[Sabah] Sabah sokong cadangan buka sempadan negara

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:22 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong penuh cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang mengesyorkan pintu sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa perlu kuarantin wajib.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin menegaskan agar pembukaan sempadan negara perlu diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengekang penularan varian baharu Omicron di negara ini.

Menurutnya, pembukaan sempadan negara perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan Sabah memerlukan pasaran antarabangsa untuk memulihkan sektor pelancongan.

"SOP yang ketat perlu disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seterusnya diperincikan dengan lebih jelas kepada pemain industri.

"Ini bagi memastikan  mereka bersedia sebelum pembukaan sempadan negara dibuka kelak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya juga bersedia untuk mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk pemain industri dalam membuat persediaan awal sekali gus merangka kempen promosi dan pemasaran bagi memastikan pelancong luar negara menjadikan Sabah sebagai destinasi pilihan utama mereka.

Jafry turut berkata, pelancong luar yang mahu ke Sabah disarankan untuk mengambil pelan perlindungan insurans untuk pelancong yang meliputi kos perubatan dan kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan penyakit termasuk jangkitan COVID-19.

"Matlamat sekarang ini kita mahu membuka sempadan agar industri pelancongan akan terus hidup dalam masa sama memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal.

"Sehingga kini, kerajaan negeri hanya membenarkan aktiviti pelancongan domestik sahaja. Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Malaysia-Singapura (VTL) juga masih diperingkat perbincangan dan belum dilaksanakan di negeri ini," jelasnya

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar semua pihak bersama-sama berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan demi mencapai matlamat memulihkan industri pelancongan serta kembali menjadi antara penyumbang utama ekonomi di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.

Namun pihaknya juga mahu agar pembukaan sempadan negara dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa penularan COVID-19 dalam negara.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2022 10:01 PM | Show all posts
Dah ada yang sampai sabah!





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2022 05:24 AM | Show all posts
sebab ekonomi Sabah baanyak bergantung kepada pelancungan

dari artikel atas ...dier rang dah setel sendiri dari awal2

Kerajaan negeri menyokong penuh cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang mengesyorkan pintu sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa perlu kuarantin wajib.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.402578 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list