CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Sabah] Lelaki terima rasuah RM59,000 dipenjara 11 bulan

[Copy link]
Post time 9-2-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menerima rasuah sebanyak RM59,000 dipenjara selama 11 bulan oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam.

Tertuduh, Sufian Abdul Ghani, 51 yang sebelum ini bertugas di sebuah syarikat pembekal elektrik mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, pada 9 Mac 2017 di sebuah bank di Inanam Point, Sufian menerima wang berjumlah RM44,000 daripada seorang individu melalui sebuah akaun sebagai dorongan segala urusan tuntutan kerja yang telah dilakukan oleh syarikat pemberi serta jabatan berkenaan menjadi lancar.

Suapan itu juga adalah bagi memastikan syarikat berkenaan mendapat projek kerja-kerja kecemasan dari jabatan terbabit.

Untuk pertuduhan kedua tertuduh sekali lagi menerima suapan RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akuan bank milik tertuduh daripada seorang individu di sebuah bank di Karamunsing pada 16 Oktober 2017.

Pertuduhan ketiga pula menyatakan tertuduh menerima tambahan suapan sebanyak RM10,000 melalui cek sebuah bank pada 4 Mei 2017 di sebuah rumah di Kampung Seroja Likas untuk tujuan sama.

Untuk kesalahan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Tertuduh mengaku bersalah untuk ketiga-tiga pertuduhan dan mahkamah menetapkan penjara enam bulan mulai 8 Februari dan denda sebanyak RM220,000 bagi pertuduhan pertama dan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Untuk pertuduhan kedua tertuduh dipenjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM25,000 serta sebulan penjara sekiranya gagal membayar denda dan penjara enam bulan sert denda sebanyak RM50,000 bagi pertuduhan ketiga.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar kesemua denda ditetapkan dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan kepada tertuduh dengan hukuman berjalan serentak.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Norsham Saharom.


utusanborneo.com.my/2022/02/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.367596 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list