CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Sabah] Lelaki dikhuatiri jatuh ke laut semasa memancing

[Copy link]
Post time 9-2-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode


SAR: Maritim Malaysia semasa menjalankan operasi SAR di sekitar perairan Pulau Tiga dan Pulau Mengalum di sini.

KOTA KINABALU: Satu operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu bagi mengesan lelaki yang hilang semasa memancing di perairan Pulau Tiga dan Pulau Mengalum di sini.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata maklumat awal diperoleh daripada isteri mangsa yang melaporkan kejadian selepas gagal menghubungi suaminya sejak 7 Februari lalu.

Katanya mangsa yang hilang dikenali sebagai Lauren Alipiin, 33, dan dilaporkan keluar ke laut menggunakan bot pam berwarna kuning dan hijau.

“Bertindak dengan kejadian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia mengatur gerak aset masing-masing ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal.

“Pasukan SAR berjaya menemukan satu tong ikan dalam keadaan terapung di kedudukan kira-kira 12 batu nautika utara Pulau Tiga dan disahkan ianya adalah milik mangsa berdasarkan pengecaman isteri mangsa,” katanya.

Menurutnya operasi SAR akan diteruskan dan Maritim Malaysia menyeru orang awam yang mempunyai petunjuk berkaitan kes ini agar menyalurkan maklumat terbabit ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774.


utusanborneo.com.my/2022/02/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.097766 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list