CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Sabah] Lapan PTI cuba masuk secara haram ditahan

[Copy link]
Post time 9-2-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode


Lapan PTI cuba masuk secara haram ditahan

TAWAU: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) mematahkan cubaan lapan pendatang tanpa izin (PTI) menyusup masuk ke daerah ini apabila mereka ditahan menerusi Op Benteng Bersama, di Kampung Kurnia Jaya di sini kelmarin.

Tangkapan itu berjaya dilakukan setelah kehadiran mereka dikesan melalui Radar Coastal Surveillance System (CSS) Markas ATB 2 kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata pasukannya berjaya mengesan kemasukan sebuah bot laju dalam keadaan mecurigakan dari luar sempadan perairan negara.

Katanya, susulan itu, pasukan Quick Reaction Force (QRF) diaturgerak ke lokasi yang dipercayai tempat bot berkenaan menurunkan kesemua PTI terbabit.

“Bagaimanapun, bot laju berkenaan bertindak melarikan diri dan berpatah balik ke sempadan perairan negara selepas menurunkan kesemua PTI terbabit.

“Kesemua PTI terbabit pula cuba melarikan diri, namun berjaya dikepung dan ditahan oleh pasukan QRF untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kesemua PTI yang terdiri empat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak berumur 1 hingga 52 tahun itu mengaku baru tiba dari negara jiran.

“Pemeriksaan awal mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan masuk secara haram melalui perairan Tawau.

“Mereka juga memaklumkan tujuan memasuki negara ini adalah untuk mencari peluang pekerjaan dan telah diatur oleh tekong dari Pulau Sebatik,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal atau berada di Malaysia tanpa permit yang sah,” katanya.

Abdul Karim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan operasi berkenaan sehingga berjaya menggagalkan kemasukan PTI ke negara ini.

“Kejayaan ini membuktikan pasukan keselamatan daripada pelbagai agensi sentiasa komited terhadap kawalan keselamatan persempadanan negara.

“Sempadan negara sentiasa dikawal dan ditangani secara serius dalam mengekang jenayah rentas sempadan serta sebarang ancaman keselamatan khasnya di Pantai Timur Sabah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.084655 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list