CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Sabah] Cuba seludup kosmetik, lelaki tempatan ditahan

[Copy link]
Post time 9-2-2022 01:12 PM | Show all posts |Read mode


RAMPASAN: Pelbagai barang kosmetik tanpa kelulusan KKM cuba diseludup masuk berjaya dirampas.

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas cuba menyeludup masuk pelbagai jenis barangan kosmetik ke daerah ini, di perairan laut Aji Kuning, Pulau Sebatik, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 10.52 pagi itu, Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan tugas Op Gelora di perairan negara mengesan sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata pasukannya bertindak memintas dan menahan bot jongkong berkenaan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal, terdapat seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun yang bertindak sebagai juragan bot berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas bot berkenaan pula, menemukan pelbagai jenis kosmetik dipercayai tidak memiliki kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, kesemua barang kosmetik berkenaan disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran di daerah ini.

“Juragan terbabit ditahan, manakala barang kosmetik dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot jongkong beserta enjin berkenaan dianggarkan bernilai RM45,224,”katanya.

Menurutnya, kes tersebut kemudiannya di serahkan kepada Jabatan Farmasi Tawau dan disiasat mengikut Seksyen 18A (1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Ridzauddin berkata PPM komited menjalankan operasi dalam mengekang aktiviti jenayah terutamanya yang melibatkan rentas sempadan.

“Masyarakat persisir pantai diminta untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat aktiviti jenayah di kawasan mereka.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi Whatsapp PPM Wilayah Sabah 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055638 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list