CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Sabah] Dua warga asing cuba seludup keluar barang kawalan ditahan

[Copy link]
Post time 9-2-2022 01:06 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAPAN: Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan selanjutnya.

SEMPORNA: Dua warga asing ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas disyaki cuba menyeludup keluar barang kawalan bersubsidi di selatan perairan Pulau Mataking, di sini Isnin lepas.

Dalam kejadian jam 6.05 petang itu, anggota PGA yang menjalankan tugas rutin rondaan di kawasan tersebut mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superitenden Mohd Yacob Murad berkata pasukannya bertindak mengejar bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, juragan bot laju berkenaan bertindak memecut laju untuk merloloskan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

“Namun, pasukan keselamatan berjaya memintas bot berkenaan dan menjalankan pemeriksaan dokumentasi dan barang yang dibawa,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, terdapat dua lelaki berumur 24 dan 28 tahun di dalam bot berkenaan, manakala hasil pemeriksaan awal kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan ke atas muatan bot berkenaan pula berjaya menemukan sebanyak 323 paket minyak masak, 34 bungkus mee dan 50 liter minyak petrol bersubsidi.

“Nilai keseluruhan barang rampasan termasuk bot dan dua enjin dianggarkan bernilai RM6,037.50,”katanya.

Mohd Yacob berkata, kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056014 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list