CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 1

[Sabah] Banjir Sabah: jumlah mangsa naik mendadak kepada 719 orang

[Copy link]
Post time 8-2-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU— Jumlah mangsa banjir dipindahkan di daerah Pitas naik mendadak pagi ini kepada 719 mangsa daripada 236 keluarga, berbanding 313 orang daripada 96 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan PPS Dewan Kampung Sinukab menempatkan mangsa teramai iaitu 510 mangsa daripada 170 keluarga.

Tiga PPS lain ialah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II kekal menempatkan 81 mangsa daripada 29 keluarga; Dewan SK Rukom (55 mangsa daripada 17 keluarga); dan Dewan Kampung Kusilad (73 mangsa daripada 20 keluarga).

Sebanyak 10 kampung terlibat banjir susulan hujan lebat sejak Ahad lepas dengan dua kampung terbaharu yang dilanda bencana itu malam tadi ialah Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung.

Lapan lagi kampung terbabit ialah Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu, Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang dan Kampung Kanibongan.

Cuaca pagi ini cerah di Papar, Kota Kinabalu dan kawasan lain di pantai barat Sabah, bagaimanapun hujan di kawasan utara antaranya Paitan, Labuk serta Sugut dan kawasan tengah antaranya Telupid dan Tongod.
-- BERNAMA

#prayforSabahan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2022 12:45 PM | Show all posts
Kereta terjunam dalam longkang, banjir tukar jalan raya menjadi muara sungai....

Semoga cepat surut






Gambar: Beberapa kawasan kawasan di Pitas ditenggelami air. (Foto Ihsan Mohd Tassim)






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.150835 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list