CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 07/02/2022

[Copy link]
Post time 7-2-2022 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2022 03:17 PM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,600 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 254,530 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 418 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 241,449 orang. Manakala 1,410 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 667 orang di hospital, 736 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh (7) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 24 orang merangkumi 21 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan sembilan (9) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 29 (24.79%)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Angka jangkitan bagi Negeri Sabah terus meningkat dengan jumlah baharu sebanyak 1,600 kes, peningkatan 315 kes berbanding semalam.

b. Bilangan kes baharu di hampir semua daerah juga semakin meningkat. Terdapat empat (4) daerah dengan kes baharu tiga (3) angka iaitu Kota Kinabalu 371 kes (+62), Sandakan 322 kes (+121), Tuaran 150 kes (kekal) dan Penampang 138 kes (+30). Sejumlah 15 daerah mencatatkan kes dua (2) angka, enam (6) daerah mencatatkan kes satu (1) angka dan hanya dua (2) daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

c. Jumlah kluster aktif seluruh Negeri Sabah ialah 26 kluster termasuk dua (2) kluster baharu yang diisytiharkan hari ini. Walau bagaimanapun, hanya enam (6) kluster yang merekodkan kes positif baharu berjumlah 27 kes pada hari ini.

d. Satu (1) kluster tempat kerja di Kunak, Kluster Giram yang berlaku di Ladang Giram diisytiharkan hari ini. Indeks kes adalah seorang warganegara lelaki 37 tahun mula bergejala (selesma dan batuk) pada 31 Januari 2022 dan menjalani saringan di klinik swasta pada hari yang sama dan didapati positif. Saringan terhadap kontak sekerja dan kontak keluarga mendapati 19 lagi kes positif. Jumlah kumulatif kluster ini sebanyak 20 kes dan tiga (3) kes baharu dilaporkan hari ini.

e. Kluster institusi pendidikan Jalan Pintas Sembulan melibatkan asrama sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Kluster ini melibatkan sekumpulan pelajar asrama di Sekolah Menengah Maktab Sabah yang terletak dalam mukim Sembulan. Kes indeks kluster ini adalah seorang pelajar perempuan, warganegara, berumur 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah tersebut. Pelajar itu mula bergejala pada 3 Februari 2022 dan telah menjalani ujian PCR pada hari yang sama dan didapati positif.

Kes telah dimasukkan ke PKRC untuk tujuan kuarantin dan rawatan lanjut. Seramai 79 orang kontak rapat telah disaring dan 17 pelajar didapati positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif seramai 18 orang. Mereka yang didapati positif adalah dalam kategori bergejala ringan (Kategori 2) dan telah dihantar ke pusat kuarantin dan menerima rawatan yang sesuai.

f. Sejumlah 1,587 dari 1,600 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lapan (kes dalam Kategori 3, lima (5) kes dalam Kategori 4 dan tiada kes direkodkan dalam Kategori 5.

g. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (748) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.

i Kluster Jalan Pintas Sembulan - Kota Kinabalu merupakan satu lagi kluster jenis institusi pendidikan melibatkan sekumpulan pelajar asrama di SM Maktab Sabah yang terletak dalam sekolah terbabit. Kes indeks yang mula bergejala sejak 03 Februari 2022 telah menjalani ujian saringan di KKIA Jalan Kebajikan pada hari yang sama dan didapati positif PCR COVID 19. Kes indeks juga telah dimasukkan ke PKRC untuk tujuan kuarantin dan rawatan lanjut. Seramai 79 orang kontak rapat disaring dan mendapati 17 lagi kes positif sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes, manakala empat (4) lagi negatif. Semua kes positif adalah dalam kategori bergejala ringan (Kategori 2) dan telah dihantar ke pusat kuarantin dan menerima rawatan yang sesuai.mukim Sembulan. Kes indeks adalah pelajar perempuan, 15, dan tinggal di asrama.

ii Kluster Giram - Kunak dikategorikan sebagai kluster tempat kerja dan berlaku di Ladang Giram di daerah Kunak. Kluster ini mula dikesan apabila kes indeks, lelaki tempatan, 37, disahkan positif COVID-19 di klinik swasta pada 31 Januari 2022 selepas bergejala (selesma dan batuk) pada hari sama. Saringan terhadap kontak sekerja dan kontak keluarga kemudiannya mendapati 19 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 20 kes termasuk tiga (3) kes baharu dilaporkan pada hari ini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.073963 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list