CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Sabah] SPRM tahan bekas pengarah kolej swasta

[Copy link]
Post time 7-2-2022 11:14 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang juga bekas pengarah sebuah kolej swasta di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah atas kesalahan membuat tuntutan palsu.

Suspek yang berumur 40-an itu diberkas kira-kira jam 10 pagi hari ini di Pejabat SPRM di sini ketika hadir untuk memberi keterangan.

Lelaki terbabit dipercayai melakukan kesalahan berkenaan dengan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM300,000 kepada satu agensi kerajaan di daerah ini sekitar 2018 membabitkan tiga tuntutan berasingan.

Tuntutan berkenaan melibatkan tiga program yang dilaksanakan di kolej swasta itu termasuk tuntutan penuh kehadiran serta elaun pelajar sedangkan terdapat pelajar yang tidak pernah hadir serta tidak menghabiskan kursus berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy (gambar) ketika dihubungi di sini mengesahkan tangkapan suspek berkenaan dan berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurutnya, tiada permohonan reman dibuat dan suspek dilepaskan selepas selesai memberi keterangan.

"Jaminan ditetapkan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070188 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list