CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Sabah] PPM rampas barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran

[Copy link]
Post time 7-2-2022 11:11 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua barang kawalan yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup barang kawalan dalam dua siri rampasan di sekitar laut daerah ini, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata pasukannya berjaya membuat rampasan barang kawalan bernilai lebih RM40,000.

Katanya, rampasan pertama melibatkan minyak petrol dan minyak masak plastik di dalam dua bot kira-kira jam 11.30 malam di laut Kampung Limau-Limau, di sini.

“Sebelum itu, anggota PPM yang menjalankan rondaan mengesan dua bot dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

“Sebaik cuba dihampiri, kedua-dua juragan bot berkenaan bertindak memecut laju sebelum terjun laut melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot berkenaan berjaya menemukan sebanyak 510 kilogram minyak masak dan 630 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup keluar.

Dalam kejadian berasingan, anggota PPM berjaya merampas sebanyak 1,050 liter minyak petrol cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Katanya, sebelum itu, anggota PPM mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan Pulau Gaya, di sini kira-kira jam 9.30 pagi.

“Juragan bot juga bertindak terjun laut melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek, berjaya menemukan sebanyak 35 gelen mengandungi minyak petrol dianggarkan sebanyak 1,050 liter,” katanya.

Menurut Mohamad, jumlah kedua-dua rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM42,125.25 dan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan lanjut terhadap suspek yang melarikan diri akan diteruskan dan kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Mohamad berkata komuniti maritim diminta untuk memberikan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka.

“Maklumat boleh disalurkan menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054505 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list