CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Sabah] Tiga blok rumah kongsi musnah terbakar

[Copy link]
Post time 7-2-2022 11:09 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Tiga blok rumah kongsi sebuah kilang musnah akibat kebakaran.

KENINGAU: Tiga blok rumah kongsi sebuah kilang di Jalan Patikang dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, tiga blok berkenaan membabitkan sebanyak 12 pintu rumah yang musnah keseluruhannya.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 pagi.

Katanya, terdapat sebuah rumah pekerja di kawasan berkenaan sempat diselamatkan dari musnah akibat kebakaran.

"Operasi pemadaman menggunakan dua aliran air sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan.

"Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihaknya berjaya mengawal api pada jam 9.14 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.06 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/02/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.086086 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list