CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sabah] Sabah perlu sistem ramalan cuaca baharu

[Copy link]
Post time 7-2-2022 11:03 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Bung (kiri) mengiringi Hajiji ketika dalam majlis berkenaan.

KUDAT: Sabah memerlukan sistem kaji cuaca berteknologi tinggi dengan keupayaan mendapatkan ramalan tepat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, sistem baharu berkenaan perlu dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kesan bencana banjir, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

"Dengan ketepatan ramalan dalam peratusan yang tinggi, maklumat diperoleh boleh disalurkan lebih awal kepada orang ramai, sekali gus memberi ruang serta masa kepada mereka untuk bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir di kawasan masing-masing.

"Jika kita memiliki sistem ramalan kaji cuaca lebih canggih, kita boleh bersedia lebih awal dan ini sudah tentu mampu mengurangkan impak banjir yang berlaku, selain dapat mengerakkan bantuan lebih awal kepada mangsa," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan Pemukiman Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini, kemarin.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak.

Bung berkata, pengalaman berhadapan dengan bencana banjir secara tiba-tiba di beberapa buah negeri termasuk di Sabah baru-baru ini telah mengakibatkan kerugian besar.
Katanya, keadaan itu perlu dijadikan pengajaran agar langkah-langkah lebih proaktif dapat diambil segara sekiranya berlaku bencana mendadak.

"Kita akan cadangkan perkara ini kepada kerajaan Pusat untuk memohon peruntukan memandangkan Sabah juga berhadapan dengan rasiko banjir yang berlaku hampir setiap tahun," katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, peralatan bantuan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di seluruh daerah juga perlu lengkap dan berada dalam keadaan baik agar apabila berlaku bencana mendadak khususnya banjir, usaha dapat digerakkan segara bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa terlibat.

Dalam pada itu, mengenai cadangan GRS untuk didaftarkan sebagai sebuah parti, Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata, ada kebaikan untuk penjenamaan GRS didaftarkan sebagai sebuah parti untuk kestabilan politik di negeri ini.

Katanya, kestabilian politik amat penting bagi kerajaan merancang serta melaksanakan pelbagai projek pembangunan terutama untuk meningkatkan ekonomi negeri dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

"Kita menerima baik cadangan ini, bagaimanapun ianya akan diperincikan dalam satu mesyuarat sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.128738 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list