CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Kedah] Perdana Menteri rasmi Kedah Rubber City

[Copy link]
Post time 7-2-2022 05:35 PM | Show all posts |Read mode
PADANG TERAP: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, merasmikan projek Kedah Rubber City (KRC) yang diyakini mampu menjadi pemangkin transformasi sosioekonomi negara.

Beliau berkata, KRC akan menjadi taman perindustrian getah khusus mesra alam pertama di Malaysia yang dijangka mampu mengekalkan pertumbuhan semasa Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Kedah khususnya.

"KRC adalah salah satu daripada pelbagai projek 'game changer' yang dilaksana Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama kerajaan negeri untuk mentransformasi Kedah sebagai negeri maju, sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

"Projek ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyampaikan pembangunan berskala besar ke kawasan kurang membangun di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Strategik NCER-KRC di sini, hari ini.

Ismail berkata, sambutan terhadap KRC sehingga kini adalah menggalakkan apabila berjaya menarik pelaburan bernilai kira-kira RM4 bilion yang dijangka mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan baharu kepada Keluarga Malaysia.

"Malah, KRC kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pelaburan swasta RM10 bilion menjelang 2025 iaitu lima tahun lebih awal daripada sasaran asal 2030.

"Pelaburan ini bakal mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, bukan sahaja di Padang Terap malah di Kedah secara keseluruhannya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.263198 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list