CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 1-3-2022 12:19 PM | Show all posts
ROJAK AYAM

Bahan² KUAH:-
1 1/2 cwn kacang tanah goreng, buang kulit dan kisar halus
2 keping nissan
2 biji bawang besar holland**
3 ulas bawang putih
2 senduk nasi cili giling
4 keping biskut marie dikisar (utk pekatkan kuah) -optional. Klau x nk guna boleh ganti dgn bancuhan tepung jagung
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula
Air anggaran pekat kuah
Sedikit minyak utk menumis

Cara² buat KUAH:-
1. Blend bahan² bertanda *
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan blend dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air, air asam jawa, kacang yg dikisar dan nissan. Masukkan biskut marie. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
4. Masak hingga kita dapat kepekatan yang kita nak.

Bahan² CUCUR:-
3 senduk tepung gandum
Air secukupnya
1 sdt soda bikarbonat
1 ikat kangkung- hiris halus
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara buat CUCUR :-
1. Masukkan semua bahan². Gaul rata². Perap 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak (buat besar² sbb cucur akan dipotong)
4. Bila dah masak, angkat dan potong.

Bahan² ROJAK:-
1 ekor ayam (potong empat)
1 batang timun (hiris nipis)
1 biji sengkuang (hiris nipis)
1 pokok daun salad (hiris nipis)
2-3 biji ubi kentang (rebus hingga lembut kemudian goreng sekejap)
4 keping tauhu (goreng dan potong)
4 biji telur (rebus keras dan goreng sekejap)
1 bungkus mee kuning dicelur sekejap

Cara² buat ROJAK:-
1. Ayam dipotong empat. Gaulkan dengan kunyit, garam dan sedikit kicap manis. Rebus ayam dengan sedikit air saja, sampai kering air ayam. Angkat dan goreng sekejap.
Potong ayam kecik² dan campur bersama² bahan² rojak dan cucur tepung. Tuang kuah atas rojak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2022 09:54 AM | Show all posts
DANISH BUTTER COOKIES

Original butter cookies
Matcha green tea butter cookies
Coconut (kelapa ) butter cookies

Bahan-bahan:
250 gram butter
Bole guna Scs, Emborg,  Anchor
90 gram gula icing ( kalau tak ada gula icing blender kan gula kastor sampai halus)
270 gram tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil butter oil
1biji telur
1 sudu kecil baking powder (optional)

Cara Membuatnya:
Pukul butter dan gula  hingga sebati sekejap sahaja dan masukkan telur dan pkul lagi sekejap sahaja biar sebati dan
Masukkan esen vanila, pukul rata.jgn overbeat bila over dipkul biskut akan kembang semasa dibakar
Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.
Kacau rata dengan senduk kayu. Kalau nak isi kelapa kering,kismis, atau coklat chip pun boleh.
Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan 'star tip' jika nak guna piping. . Dan jika nak guna acuan utk terap masukkan dlm plastik bersih dan simpan dlm peti sejuk selama 1 jam bahagian bawah.keluarkan dan taburkan sedikit tepung atas permukaan doh sebelum dicanai dan terus bakar . "peti sejuk bahagian bawah selama 1 jam lagi lama lagi bagus. *BUKN BAHAGIAN BEKU *
Paipkan membentuk bulatan atau apa-apa bentuk yang disukai.
Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga biskut keperangan.
Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 09:55 AM | Show all posts
AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI

Ayam 1 ekor
Cili padi hijau 10 batang
Cili hijau 5 batang
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 4 biji
Serai 1 batang
Daun pandan 1 helai
Cili padi hiasan 6-7 biji
Petai
SOS ikan 2 sudu besar
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Garam (agak2)
Serbuk belacan 1 sudu kecil(jika suka)
Minyak masak(Yang baru untuk mengoreng ayam)

Cara memasak
1)ayam dicuci bersih Dan gaulkan bersama kunyit Dan garam
2)mengunakan minyak masak Yang baru untuk goreng ayam Dan goreng ayam sehingga masak
3)kisar atau tumbuk cili hijau,cili padi hijau,bawang putih Dan bawang merah
4)mengunakan minyak ayam tadi(anggaran 1-2 senduk
5)masukkan daun pandan Dan serai masak sehingga Naik bau atau kekuningan
6)masukkan bahan Yang telah dikisar Dan masak sehingga pecah minyak
7)masukkan Serbuk belacan,petai dan cili padi,Gaul sebati..Dan masukkan perasa Knorr Dan SOS ikan
8)Dan akhir sekali,masukkan ayam daun Gaul rata,(jika tak cukup masin,tambah Kan sedikit garam)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 09:56 AM | Show all posts
DAGING GORENG ALA THAI

1/2kg daging (hiris nipis)
(bersihkan ,tos kan air, masukkan dlm kuali rebus sehingga lembut dn kering air..ketepikan)

Bahan A:
3 ulas bawang putih (cincang halus)
4 biji bawng merah (hiris nipis)
1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)

Bahan B:
2 sudu besar Nampla (sos ikan)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk cili (boleh tmbah jika nk pedas)

Bahan C:
.
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar lime jus @ air limau nipis
1 sudu besar beras ( di sangai @ goreng tanpa minyak dn di tumbuk halus)
1 biji bawang besar (hiris halus )
Daun ketumbar di hiris

Cara-cara:
Panas kan minyak. Tumis bahan2 A shgga naik bau. Masukkan daging yg dh siap rebus td . Masukkan bahan2 B gaul sebati. Akhir sekli masukkan bahan2 C.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 09:57 AM | Show all posts
Pau kg inti kari ayam

Resepi
3 cwn tpg gndum
1 pkt yis
1 sdu kcl baking powder
2 sdu bsr susu pekat
1sdu bsr gula

cara-
Gaul smua bhn di atas
letak air suam 1 cwn.. Klau x cukup tmbh sikit lg air.
Uli jdi doh.. Uli lama sikit.. Tu yg buat dia gebu tu biarkan 10 min.tumbuk2 doh.ambil doh
buat bulat2 bg abih.. Letak inti kesukaan,samada kelapa,kacang hijau/merah ,ayam,daging dan lain2.. lapik kan doh dgn daun pisang.Perap 1 jam sebelum kukus..panaskan kukusan dulu,dan balut penutup kukus dgn tuala supaya air tidak menitik atas pau. dan kukus 7 ke 8 minit.jgn lebih.kalau lebih masa kukus pau ada berkedut2.

Bhn inti-
1 mangkuk isi ayam.Fillet atau dada potong kecik2
2 biji ubi kentang potong dadi
1 biji bawang merah
2 ulas bwg putih
halia 3 sudu makan rempah adabi
daun sup
minyak,garam,aji

cara-sediakan kuali
sedikit minyak.
minyak dh pns,tumis bwg merah,putih,halia,bila dh layu
,masukkan kentang,letak rempah,,air.masukkan ayam..biarkan sampai kentang empuk dan kering.perasakan garam,aji.
bila dh padam api tabur daun sup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 10:01 AM | Show all posts
pizza mini

BAHAN-BAHAN
- 250ml cawan air suam
- 1 peket yis mauripan
- 1sk gula
- 1sk susu pekat
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1 cawan majerin

CARA-CARA
1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.
4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.
5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.

TOPPING
* Tomato puri
* Vages campur
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2022 10:02 AM | Show all posts
Ayam panggang ala2 dominos

Bahan2
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Serbuk cili
Bawang putih
Lada hitam
Madu
Sedikit minyak
Garam /gula

Gaul semua bahan perap 2 jam..bake pd pd suhu 180°c 30minit..ikut oven masing2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:29 AM | Show all posts

Resipi pais tempoyak ikan patin
BAHAN:
1 ekor ikan patin- basuh dengan air asam jawa dan garam
½ cm kunyit hidup-kisar
20 tangkai cili api (merah&hijau)-campur cili padi & kisar
2 helai daun kunyit- dimayang kasar
3 batang serai- dimayang halus
5 sudu besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang untuk membalut ikan
Lidi

CARA:
1.Campur bahan kisar, garam, gula dan tempoyak.
2.Gaul sebati dan lumurkan pada ikan. Pastikan keseluruhan ikan dilumur.
3.Taburkan daun kunyit dan serai ke atas ikan.
4.Bungkus dan bakar hingga masak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2022 09:48 AM | Show all posts
Nasi ayam

- 1 ekor ayam belah 4(saya ambil 3 bhgn je utk buat sup)
- 4 ulas bwg kecik
- 3 ulas bwg putih
- 2 hiris nipis halia
- 2 hiris nipis lengkuas
(4 bahan di atas ditumbuk)
** panaskan minyak,tumiskan 4 sekwn
(Bga cengkih 3 biji + 1 btg kulit kayu manis + 3 biji bga lawang + 3 biji buah pelaga) dan terus masukkan bahan tumbuk tadi sampai naik bau, kemudian masukkan ayam td bersama air utk membuat kuahnya serta utk masak nasinya sekali.
- masukkan 1 sup bunjut
+ 2 sudu serbuk sup + 1 kiub pati ayam
+ masukkan btg2 sup dan ketumbar (klu suka)
- sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
- tggu kuah sup mendidih , keluarkan semua ayam dan tos kan
(ayam td dilumur dgn sedikit kicap)
Nanti grg ayam tersebut.
-- Cara saya buat nasi ayam
- masak nasi mcm biasa
- ambik kuah sup td, (ambik sup bunjut dari kuah sup dan masukkan dlm beras td
+ 1 kiub pati ayam + sehiris halia + daun pandan + 2 sudu butter@ majerin + sedikit gula + garam dan tggu hingga masak
Cara kuah cili saya
- 3 @ 4biji cili hidup ( buang biji)
- 2 tangkai cili kering (buang biji)
- 2 biji cili api * klau suka pedas lh
- 2 @ 3 ulas bwg putih
- sehiris halia
** rebus kesemuanya dgn 1 1/2 cawan air masak dan tggu mendidih, tutup api, biarkan sejuk (air rebusan jgn buang)
- blendkan dgn 3 sudu gula (ikut manis masing2) + sedikit garam + sedikit serbuk perasa jika suka
+ 2 sudu cuka mkn @ perah limau nipis + 1 sudu cili sos (blend jgn terlalu halus sgt, klu rasa pekat tambahkan air masak... x payah msk atas lagi sbb dah rebusnya ya.
Kuah kicap..senang je..
Ambik kuah sup td + kicap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 09:51 AM | Show all posts
MOCHI HOMEMADE

1 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung pulut yg dgoreng tanpa minyak
Sedikit air atau sedikit santan
3 sudu susu tepung
Secubit garam
1 sudu 1/2 gula kastor
Masukan tepung pulut/garam/gula dan susu kacau sebati .
Masukan air @ santan kacau lg bg sebati
Adunan ni pekat mcm susu pekat manis tu haaaa.
Kukus dlm 10 minit dlm loyang
Sementara tu ambk la ape2 bekas ke talam ke..utk tabur tepung yg telah digoreng td..
Pahtu ambk adunan yg dikukus td letak atas tepung yg ditabur..gelek mcm nk wat karipap tu pahtu ambk acuan kuih lopang letak  adunan atas tu  potong kecik2 mudah utk bulatkan.pahtu masukan inti dan terbalikan .
Nati bulat2kan je .
pakai inti kacang merah.
.
Kalu melekat-lekat kat tgan boleh je pakai tepung yg dgoreng td utk bg kurgkan dia melekat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 09:54 AM | Show all posts
Edited by Tashu at 16-3-2022 09:58 AM

Kek Coklat Moist Cheese

Telur - 2biji gred A @ B
Kalau gred C guna 3biji.
½ cawan gula
1sudu kecil esen vanila
Pukul bahan ni sampai kembang.
.
Bila dah kembang, letak;
½ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan minyak
2 sudu besar air panas
Kaup rata je bahan ni sampai sebati.
.
Bila dah sebati letak;
Tepung 1cawan
½ cawan serbuk koko
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil bakingpowder
( ayak dulu )
Kaup semua ni bagi sebati je.
dah sebati letak dalam loyang.
.
Bahan cheese ;
Cheese tu sebenarnya sikit je. lebih buat kek aritu. xtau bape gram. so boleh je letak angaran dalam 50gram cheese. tepung 2sudu besar.. susu cair 1sudu.. susu pekat 1sudu.. pukul sampai cheese jadi warna putih ( kembang )
+ kalau nak banyak cheese, buat je adunan cheese ni 2x ganda.. step tetap sama.
Bila dah siap, letak je atas adunan coklat tadi. Cheese tu memang akan tenggelam masa letak. Tapi jangan risau. Nanti masa masak, dia akan naik ke atas sendiri. Takda buat corak pon. Letak cheese tu then kacau² je guna garfu.. biar buruk janji sedap.. kann ?
Kukus 45minit @ sehingga masak.. siap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 09:57 AM | Show all posts
SUP TULANG ALA THAI

1kg tulang
sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia ( mayang)
(semua bhn blh boh lbh ikut suka ya .. agak2 je)
4 bawang putih ( mayang)
4 bawang merah ( mayang)
1 labu bawang besar ( potong weges)
2 btg serai ( ketuk)
1/2 inci lengkuas ( mayang )
15 bj lada hitam (d tumbuk)  15 bj lada putih (d tumbuk)
daun sup daun bawang..
cili padi (d ketuk)
garam aji @ scukup rasa
air limau nipis secukupnya..
nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 10:01 AM | Show all posts
Edited by Tashu at 16-3-2022 10:19 AM

SAMBAL AYAM PENYET

cili api merah n hijau
cili besar merah
tomato
ikan bilis
bwg merah
bwg putih
belacan
sukatan agak2 ja )

ptong kasar2 bhan d atas, msak dgn 2 sudu minyak smpai layu, blend ksar smua bhan2 td ( tumbuk lg best) , msak semula slps blend msak smpai pecah minyak, blh msuk perasa ikot slera msing2 ,sy msuk gula merah skit sbb suka mnis2 skit, siap.
yg suka msam2 blh picit asam limau skit ye sblum nk mkn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 10:10 AM | Show all posts
Kari kepala ikan

Kepala ikan merah
Santan
5ulas bwg merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit hidup
3sudu bsr cili boh /cilikering
1 ulas asam keping
1peket rempah kari ikan
3 tangkai daun kari

Tumbuk bwg merah, bwg putih, lengkuas, halia, kunyit, gaul dengan rempah n cili boh dgn sedikit air
Panaskan 3sudu bsr minyak, masukkan daun kari
Masukkan kesemua bahan rempah, asam keping, kacau sampai pecah minyak
Masukkan santan, sampai menggelegak, sentiasa kacau supaya tak berketul
Masukkan ikan dan gula garam
Bila hampir masak baru letak kacang bendi (kalau suka)

Peringatan : sentiasa kacau
Bila hampir masak, kecikkan api
Dlm 3 minit, kat sni la santan akan
Pecah minyak, warna pun akan jd Cantik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 03:36 PM | Show all posts
Kek lapis oreo chocolate

Bahan2nya
1. Butter 2 ketul - 500gm
2. Gula 1 1/2 gelas
3. Telur 12 biji
4. Tepung biskut marie - 2 gelas
5. Tepung Hong Kong - 2 gelas
6. Overlet - 1 sudu makan
7. Susu manis - 1/2 tin
8. Creame cheese - 250gm
9. Susu tepung - 1 gelas
10. Vico 3 in 1 - 3 paket
11. Pewarna putih dan coklat
12. Oreo 2 paket...ambil biskutnya sahaja dan di patah2

Cara mbuatnya
1. Butter + gula + cheese - adun sehingga kembang dan gebu
2. Masukkan overlet dan gaul sebati
3. Masukkan telur satu persatu - adun sebati
4. Masukkan susu manis
5. Masukkan tepung biskut marie dan tepung hong kong - adun sebati
6. Adunan bahagi 3- adunan putih 2/3 dan tambahkan susu tepung, pewarna putih dan oreo
7. Adunan 1/3 - masukkan vico dan pewarna coklat
8. Panaskan kukusan. Siapkan pan 9 x 9, lengserkan butter dan tepung.
9. Letakkan adunan coklat 2 sudu meja dan kukus selama 10 minit, lapis 5x proses yang sama.
10. Selepas tu baru lapiskan adunan oreo sehingga habis.

# biarpun lapisannya tebal....perlu lapis perlahan2 juga yaaa....maksudnya setiap lapisan 2 senduk meja atau 3 senduk sahaja...pastikan lapisan masak seebelum melapis yg seterusnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 03:42 PM | Show all posts
KENTANG GORENG RANGGUP (POTATO CHIP)

BAHAN:-
3 BIJI KENTANG
2 SUDU MAKAN CUKA
500ML AIR
SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI
SEDIKIT PERENCAH PASTI SEDAP KNORR
MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA2:
1. HIRIS KENTANG NIPIS2 MENGGUNAKAN PISAU BUAH
2. DIDIHKAN AIR BERSAMA CUKA TERLEBIH DAHULU. KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN KENTANG TADI. PERLAHANKAN API. BIAR SELAMA 3 MINIT.
3. ANGKAT DAN CUCI KENTANG TERSEBUT DAN TOSKAN SEBELUM MENGGORENG.
4. PANASKAN MINYAK. GORENG DENGAN API SEDERHANA BESAR. BILA NAMPAK KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN .
5. TABUR SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI DAN PERENCAH PASTI SEDAP KNORR ATAU APA2 PERENCAH YANG ANDA SUKA.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2022 03:43 PM | Show all posts
Prawn with Tomato Puree

Ingredients
----------------------
650g Prawn
10 dry chili preboiled (+ - own preference)
3 red chili
1 tomato
7 shallots
2 tbsp ginger and garlic paste
1 tbsp tamarind paste
1/3 cup tomato Puree
* Blend the ingredients and set side.. (A)
-------------
Other ingredients
---------------
6 + 4 oil
1 tbsp tomato ketchup
1 tsp salt or sufficient
1 tsp sugar
1 Holland onion or Red cut into roundly
-----------
Method
* Clean and devein the prawns
*Heat up pan with 6 tbsp oil, saute the prawn for 2 minutes and set a side
*In a same pan, add in 4 tbsp oil, Follow by the blended paste (A). Saute till fragrant and oil separated.
*Add in salt and sugar. Stir it well. Next add in the sauted PRAWNS, combine well and cook further for 2 to 3 minutes.
*Add in onion, give it good mix and serve with white or variety rice...enjoy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 06:47 PM | Show all posts
Tashu replied at 16-3-2022 09:10 AM
Kari kepala ikan

Kepala ikan merah

Best ni buat juadah posa
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 01:00 PM | Show all posts




Type your search query and hit enter:









AyamKoleksi Resipi Sahur Yang Mudah & Sedap Untuk 30 HariPUBLISHED BYNur


3 YEARS AGO





Bila tiba bulan puasa, pasti ibu-ibu buntu memikirkan menu untuk sahur dan berbuka lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu yang dimasak haruslah menambat selera mereka. Khas untuk anda, RASA kongsikan 30 resipi aneka lauk paukmudah yang sesuai disajikan sewaktu sahur sepanjang bulan puasa nanti. Paling penting, sedap dan mudah dimasak.



1. TELUR HANCUR SIMPLE
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;">
BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji telur
  • 1/ 2 biji bawang merah besar | dicincang
  • 100gm sayur campur
  • 20gm isi ayam
  • 10gm daun sup | dicincang
  • 1 sudu makan mayones
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
  • Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
  • Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.









Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 08:25 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 3-4-2022 07:27 AM



2. TAUFU TELUR MASAK SOS HAILAM
BAHAN-BAHAN:
  • 2 paket taufu telur | dipotong
  • 1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
  • 20gm cendawan | dihiris
  • 20gm isi ayam
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 40ml air
  • 1/ 2 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak dan goreng tao foo telur hingga garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang merah, isi ayam dan cendawan hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.
  • Seterusnya masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
  • Susun taufu yang telah digoreng tadi diatas pinggan dan tuangkan sos keatasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef:  Taufu perlu digoreng terlebih dahulu bagi mengelakkan ia hancur.
Bila tiba bulan puasa, pasti ibu-ibu pakat duk pening memikirkan menu untuk sahur dan berbuka lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu yang dimasak haruslah menambat selera mereka. Jom RASA kongsikan aneka lauk pauk mudah yang sesuai disajikan sewaktu sahur. Paling penting, sedap dan mudah dimasak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.467711 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list