CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
Post time 14-2-2022 06:42 PM | Show all posts
  

RESIPI AYAM MASAK ROSE

Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 4 sekawan
  • Serai 2batang (diketuk)
  • Daun pandan 2helai (disimpul)
  • Cili kering (direbus dahulu)*
  • Carrot (sebatang )*
  • Tomato(sebiji)*
  • Bawang besar 3 biji*
  • Bawang putih5 @6 ulas*
  • Halia (hiris)*
  • Serbuk kas kas
  • Serbuk badam (badam biji tu kisar halus)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Susu cair (setengah tin)
  • Susu pekat (1camca)
  • Tomato pure
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam kasar
  • Gula
  • Perasa (jika suka)
Cara-cara:
  • Basuh bersih ayam. Gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Kisar halus bahan bertanda (*).
  • Tumis bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan sehingga sedikit layu.
  • Masukkan pula bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sekejap.
  • Kemudian masukkan pula bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot, tomato). Tumis sehingga pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan pula serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas (satukan semua bahan ini dan jadikan pes).
  • Masukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa.
  • Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak. Tutup api, tabur daun bawang dan daun sup. Siap!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 14-2-2022 05:22 PM
bubuh baja tak

Xde langsung...letak atas tembok gate lagi x sangka mencanak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 10:45 PM | Show all posts

RESEPI BOTOK-BOTOK

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
3 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
6 batang serai, hiris halus*(*kisar halus)
2 camca besar kerisik
1/3 cawan santan
3 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Babas)
2 1/2 camca besar cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Pucuk ubi secukupnya (kurang lebih 1 cekak)
Pucuk bebuas secukupnya (kurang lebih i cekak)
2 tangkai pucuk betik
3 tangkai pucuk mengkudu, hiris
30 helai pucuk kaduk
5 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun cekur, hiris halus
2 genggam daun selasih
2 genggam pucuk kesom

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
5 ekor ikan kembong besar, siang, cuci bersih dan toskan
10 batang lidi pengcungkil gigi
10 helai daun pisang berukuran 8 inci x 10 inci



CARA MEMBUATNYA :-)
  • UNTUK REMPAH BOTOK-BOTOK (BOLEH SIAPKAN AWAL) :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus, bersama rempah kari, kacau rata dan masak hingga terbit minyak, gunakan api kecil. Tambah jus asam jawa, kerisik dan santan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Rasa dan jika ok, matikan api. Biar rempah sejuk.
  • UNTUK BOTOK-BOTOK :- Ambil 2 helai daun pisang (atau anda boleh layur atas api sekejap bagi dia lembut dan mudah dilipat). Susun dedaun seperti dalam gambar, mulakan dengan pucuk ubi, pucuk betik (boleh koyakkan kalau besar), daun kadok, pucuk bebuas dan hirisan pucuk mengkudu. Sudukan rempah atas daun2 tadi (kurang lebih 2 camca besar)
  • Letak ikan atasnya (mat kerat 2 untuk setiap ekor ikan kembong), letak lagi 1 1/2 camca besar rempah dan tabur dengan hirisan daun kunyit, hirisan daun cekur, daun kesom dan daun selasih. Berhati2 bungkus botok2 tadi dan semat kiri dan kanan nya dengan lidi. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan.
  • Susun dalam kukus dan kukus atas air mendidih selama 30 minit. Biar sejuk sekejap dan boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..Selamat mencuba.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 11:47 AM | Show all posts
SPAGHETTI  BOLOGNESE MEATBALL

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
1 biji bawang holland(potong dadu)
1paket daging cincang
1 botol sos pasta mushroom (prego)
1 botol sos pasta traditional (prego)
1 tin cendawan ( potong nipis)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih(dicincang)
2 biji tomato( potong dadu)
500g Bebola daging
2 helai daun bay
Sedikit blackpapper
Sedikit Italian herbs
Sedikit oregano
1 kiub pati daging
Garam

Cara-cara :
1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam ,rebus spaghetti hingga lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau. 3. Masukkan daging kisar & bebola daging  kacau hingga masak dan air kering.
4.Kemudiaan masukkan sos pasta, sos cili, Kiub pati daging dan sedikit air, masukkan tomato yg di potong dadu , cendawan dan daun bay ,tunggu sehingga sos menggelegak, letak sedikit Italian herbs, oregano ,black pepper  dan garam. Kacau  hingga kuah nmpk naik minyak.Tutup api dan hidangkan bersama  spaghetti, taburkan oregano ke dlm kuah bolognese sebelum dihidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 11:48 AM | Show all posts
Daging Masak Merah
.
1. Rebus daging & campur sedikit dgn pewarna merah. Bila dh separuh empuk, angkat, toskan dan potong nipis.
2. Goreng daging dgn sedikit minyak hingga hampir garing. Angkat dan asingkan.
3. Ketuk bbrp ulas bwg putih dan juga cincangkn sedikit halia. Tumiskan dlm lebihan minyak gorengan daging td.
4. Masukkan 2 @ 3 sudu cili kisar..
5. Kemudian bolehlah masukkan sedikit sos tiram, sos cili & sos ikan dan kacau..
6. Akhir sekali masukkan bwg holland, potongan buah tomato, cili akar & bole masukkan daun ketumbar jika suka (lg sdp).
7. Akhir sekali perasakan dgn garam & sdkt gula utk sesuaikan rasa. Siappp! ????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 11:53 AM | Show all posts
KEK MARBLE SUSU

3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 peket kelapa parut
Perwarna ikut suka

Cara buat:
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder(kaup balik jer)
6.masukkn kelapa peket gaul rata lg.
7. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
8.Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
9.Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
10.Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2022 11:54 AM | Show all posts
PUDING MILO OREO

Bahan
Serbuk agar2 clear 10gm
Air 4 cup
Gula pasir 1/2 cup (suka makan manis letak la 1 cup)
susu cair 1 tin
oreo 1 paket (krim jangan buang)
milo 1 cup (eyna campur serbuk koko sikit*)

Cara2
1) Larutkan agar2 dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2) Masuk susu, kacau sampai didih.
3) Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4) Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5) Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.
6) Tunggu sehingga layer tu keras, garit2 kan pakai garfu diatas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo tu, dan susun biskut ikut suka byk mana atas layer putih tu.
7) Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam2 boleh masuk dalam esbok, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 11:54 AM | Show all posts
Ayam MAsak Merah Utagha

1 Ekor Ayam (Potong 16) - Garam Kunyit Goreng 1/4 masak ja dan ketepikan jangan garing nanti keras dan xsedap

Bahan Tumis :
4 Sekawan - Kayu Manis 2, Bunga Lawang 6, Bunga Cengkih 2, Buah Pelaga 6
2 Helai Daun Pandan (Ikat)

Bahan Blend : (Gandakan kalau Ayam 2,3 ..)
4 Biji Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
4 Batang Serai - Racik
3 inc halia
4 Biji Cili Besaq
3 batang Carrot.
1cawan cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 tin susu cair ideal
1 biji bawang holand - Potong bulat
1 Biji Tomato Potong 8
Daun Sup / Daun Bawang - Potong 1 inc - Hiasan
Bawang Goreng - Hiasan
KacaNg Peas - 1 tin kecil
1 sudu kecil - asam jawa paste
5 sudu besaq gula
2 sudu kecil garam
2 kiub ayam / cukup rasa
Aji (suka hati hangpa kalau nk buh pun xpa)

PanaskAn minyak (bekAs Goreng Ayam) masukan 4 sekawan, Daun pandan. Bila dh naik Bau masukan bahan blend, cili kisar dan sos cili. Masak Sampai Pecah Minyak api xpayah kalut besaq2.. masukan gula, garam, kiub ayam, asam jawa dan cukup rasa. Rasa (bila dh cukup semua) masukan susu dan ayam.. Gaul Bg rata dan masukan bawang potong bulat, Tomato dan kacang peas.. dh mendidih tutup api taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan cili besaq. siap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2022 12:01 PM | Show all posts
Kerang Thai Style Pedas Masam

10 biji Cili Padi Merah kalau nak kurang pedas boleh kurangkan atau nak lagi pedas boleh tambah lagi.(Ditumbuk halus)
5 biji limau nipis atau ikut suka masam dan ambik airnya
5 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil gula pasir
1 biji Tomato dibuang bijinya dan dipotong kecil-kecil
Daun Ketumbar dicincang halus
Timun kecil potong 2 dan rendam dahulu dalam air (hiasan)
1 sudu kecil Ajinomoto atau Maggi cukup rasa
Semua bahan dicampurkan sekali letak tepi.
Kerang 1 kilo dicuci bersih direbus sekejap separuh masak, dan buang kulit sebelah sahaja.
Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 12:02 PM | Show all posts
Pizza kuali

Masak atas api,tak perlu oven..
Resepi utk 2biji pizza
Tepung gandum 2cawan
Air suam 1/2 cawan
Mauripan 1sudu kecil
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam
Masukkan tepung,minyak dan garam..yis dibancuh dengan air suam brsama gula..setelah naik buih sikit masukkan bersama tepung tadi..Uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan setengah jam.

Bahan topping
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Sos cili
Bawang putih(cincang halus)
Bawang besar(didadu)
Garam dan lada hitam
Isi ayam/daging ramly
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/lada benggala/cendawan butang/nanas/tomato/seafood
Cheddar n mozarella cheese
Tumis bwg putih,bawang besar..bila dah wangi..masukkn sos pasta dan sos cili..masak sekejap dan perasakan garam dan lada hitam-ketepikan.

Step by step
Selepas setengah jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
Bahagi doh pd 2 bahagian.Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali. Isikan bahan2 toping tadi ikut kesukaan anda..
Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.
Cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..
Resepi doh ni blh buat donut,roti puri dan pau..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 12:03 PM | Show all posts
PUDING SUSU MANGGA

Bahan² Puding Mangga
1 paket serbuk agar² (10gm)
4 cwn air
1 cwn gula
1 tin susu cair
2 cwn isi mangga yg siap diblend

Caranya
~satukan serbuk agar², gula dan air
~masak sehingga larut
~satukan mangga yg diblend tadi dgn susu.. sebatikan
~tuang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati
~didihkan dgn api perlahan
~tutup api kemudian tapis
~biarkan wap panasnya hilang
~tuang ke dalam acuan
~sejukkan
Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
1 cwn air
3 sdb tepung kastard
3 sdb gula pasir
1/2 sdt garam
1 sdt esen vanilla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 12:03 PM | Show all posts
KUIH KETAYAP

▪2 cwn tpg gandum
▪1 biji telur (tak nk letak pn bleh)
▪2 sudu B minyak masak
▪Sedikit garam
▪Sedikit pewarna hijau
▪2 1/2 cwn santan cair + air pandan
-Bancuh semua bhn diatas kemudian blender hingga halus
-Panaskan kuali non stick yg disapu dgn sedikit minyak
-Tuang sedikit adunan kemudian lenggangkan.
-Bila dh masak angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa..kmudian gulung kemas2

INTI KELAPA
▪1 biji kelapa parut
▪1/2 cwn gula merah
▪2 sudu B gula pasir (ikut la nk manis mana)
▪1/2 cwn air
▪2 helai daun pandan
▪1 sudu B tpg gandum (biar inti tk berderai)
▪Secubit garam
-masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut..tapis air gula
-masukkan kelapa.kacau hingga air kering dan klapa masak.last
masukkan tpg gandum..kacau sebati
*kalau suka inti warna hitam masukkan sedikit kicap pekat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 12:04 PM | Show all posts
PUDING JAGUNG CINCAU TANPA KASTARD

Bahan - Bahan
12 gm agar - agar tali
3 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar pes berperisa jagung
Sedikit cincau
Sedikit gula batu ( kalau tak letak pun tak apa )
Secubit garam

Cara - Cara
1. Blender jagung krim dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
2. Potong cincau kecil - kecil. Ketepikan.
3. Bersihkan agar - agar tali. Masak agar- agar dengan  
     3 cawan air hingga semua agar - agar larut.
4. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau hingga gula pasir dan gula batu larut.
5. Masukkan susu cair, susu pekat, pes perisa jagung, jagung krim yang telah diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar - agar ke dalam loyang/acuan tadi.
7. Agak dalam 10 hingga 15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan sedikit cincau ke dalam agar - agar. Agak dalam 10 hingga 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar -agar sehingga habis. Tekan - tekan sikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar - agar. Sejukkan.
8. Apabila Puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam..
9. Keluarkan loyang/acuan  dari peti sejuk. Keluarkan puding dr loyang/acuan.
10. Potong ikut suka. Sedia untuk dihidangkan.

Nota
1. Sukatan bahan-bahan bergantung kpd selera atau citarasa masing2.
2. Kalau tak suka jagung, boleh tukar kepada sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.
3. Fungsi gula batu ialah untuk Puding kelihatan berkilat dan tidak berair.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 12:04 PM | Show all posts
Sotong Bakar Sumbat Ala Thai

Bahan inti
2 ulas bawang putih
Separuh bawang holland
6 ekor udang
Sebiji telur
Sedikit daun bawang ( tak de pun x pe)
Tumis bawang putih & bawang holand hingga layu, pastu masukkan udang yg dah di potong halus. Tunggu sampai udang separuh masak, baru masukkan telur. Perasakan dgn garam & lada hitam. Last sekali tabur daun bawang.
Sumbat ke dalam sotong & bakar
*sotong pilih yang bersaiz besar. Baru sedap

Bahan sos
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi ( nak pedas lagi boleh tambah)
2 sudu besar sos ikan
5 biji limau nipis
1 sudu gula palm thai ( kalau tak de boleh ganti gula melaka)
Daun ketumbar
Tumbuk bawang putih & cili padi. Dah lumat, masukkan sos ikan, gula thai & perah limau nipis. Gaul sebati. Last sekali tabur daun ketumbar.
Tuang sos atas  sotong yang dah masak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 12:05 PM | Show all posts
Ayam masak serai

Bawang besar
Cabai kering
Halia
Bwang puteh
Serai
Semua blender
Ayam Goreng garam kunyit dulu.
Tumis serai(ketuk) dlm 3/4 btg
3 sekawan ( kayu Manis, bnga lawang &pelaga)
Masuk bhan blender
Tumis bg pecah minyak
Sos cili
Tomato.
Sekeping Asam kpng
Gula
Garam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 12:59 PM | Show all posts
Tashu replied at 15-2-2022 11:05 AM
Ayam masak serai

Bawang besar

Dap nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2022 10:45 AM | Show all posts
ais krim

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 tin air
2 sudu mkn tepung jagung

Masak pas tuu biarkan sejuk
Dah sejuk masukkan 3 sudu mkn ovalette
Mixer 40minit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2022 10:46 AM | Show all posts
Kek Batik Indulgence

Bahan2 :
A - Kek Batik
800gm biskut marie
250gm butter
200gm milo
2sb serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu segar
1 biji telur
1sk esen vanila

B - Indulgence Cream
250gm cream cheese
2 cawan whipping cream

C - Chocolate Ganache
250gm dark chocolate
2 cawan whipping cream
2sb minyak

Cara2 :
A) Kek Batik
1 - Cairkan butter .
2 - Masukkan susu segar , susu pekat , milo & serbuk koko . Kacau .
3 - Seterusnya , masukkan telur yang telah dipukul manja bersama esen vanila .
4 - Bila sos coklat mula memekat , masukkan biskut marie yang telah dipatah2kan . Kacau sehingga keseluruhan biskut disaluti dengan sos coklat .
5 - Alas loyang 10x10" dengan baking paper . Lebihkan baking paper sebanyak 2" pada setiap sudut loyang bagi memudahkan proses mengeluarkan kek batik nanti .
6 - Padatkan adunan biskut tadi . Sejukkan .

B) Indulgence Cream
1 - Putar cream cheese & whipping cream .
2 - Lapis indulgence cream atas kek batik . Sejukkan .

C) Chocolate Ganache
1 - Satukan whipping cream , dark chocolate & minyak masak ke dalam mangkuk .
2 - Masukkan ke dalam microwave selama 2 min . Kacau sebati .
3 - Lapiskan chocolate ganache di atas indulgence cream . Sejukkan kek batik indulgence sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk , bahagian chiller .

*Keluarkan kek batik indulgence 10 minit awal sebelum proses memotong
* Rendam pisau ke dalam air panas & lap pisau sebelum potong untuk mendapatkan hasil potongan yang cantik & kemas .
* Kesabaran & fokus yang tinggi WAJIB ada semasa proses memotong kek batik indulgence .


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2022 10:47 AM | Show all posts
Mee sizling

1 gulung yee mee

Bahan kuah
Bawang putih dan holland potong dadu utk tumis
Ayam potong kecil
Cendawan butang(rendam dulu dan potong 2@4)
Cili kering
2 sudu makan sos tiram
Kicap pekat
1 sudu serbuk lada hitam
Kiub maggi ayam
Telur
Sayur sawi
1 sudu makan tepung jagung bancuh sedikit air utk pekatkan kuah

Caranya
Tumis bawang dan cili hingga garing
Masukkan ayam, biar kering sikit air ayam tu. Masukkan cendawan.
Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam, tambah air, kiub maggi ayam. Tak perlu letak garam sebab kicap dah masin. Bila dah mendidih dan cukup rasa masukkan bancuhan tepung jagung dan tutup api.
Dalam kuali masukkan kuah tadi, mee dan telur masak hingga mee lembut baru masukkan sayur. Siap
Nak pedas letak cili potong

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2022 10:47 AM | Show all posts
cucur udang

1/2kg Tepung gandum
Sebiji telur
1biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air
.
Cara:
-Blend bawang besar sebiji
- masukkan tepung gandum dlm bekas
-masukkan bawang yg di blend td, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak2 letak air jgn pekat sgt.. Jgn cair sgt.
-masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris..
- cara goreng nk bg bentuk bulat.. Celup senduk besi ke dalam mnyk pns.. Letak adunan td.. Letak udang ats dia.. Masukkan dlm mnyk pns... Biar kejap smpai bawah dia masak.. Nnti dia akan tertanggal sndiri..
.
Resepi kuah kacang tanpa santan
.
Segengam cili kering
2biji bawang besar
7ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah yg disangai dan diblend kering..
Asam jawa
Gula/ gula melaka

Cara:
1)tumis bahan yg di blend td..
2) da garing masukkan kacang tanah yg disangai n diblend halus..
3)masukkan air asam jawa
4)masukkan sedikit air.. Gula dan garam. Nk letak gula melaka pun boleh...
5) biar naik minyak.. Kalau nk lagi pekat letak bancuhan tepung jagung.. Utk pekatkan kuah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076856 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list